Wednesday, 17 November 2021

Kelantan FM boleh didengari di sebahagian negeri Pahang pada frekuensi FM 97.3MHz dari Bukit Bakar, Kelantan.

 

RTM Kelantan FM ialah sebuah stesen radio negeri, khususnya untuk Kelantan. Ia meliputi seluruh negeri Kelantan dengan 7 pemancar seperti FM 102.9MHz (Kota Bharu), FM 97.3MHz (Kelantan Tengah dan Lojing), FM 107.1MHz (Besut dan Kelantan Timur), FM 107.2MHz (Dabong), FM 90.0MHz (Jeli), FM 88.1MHz (Paloh) dan FM 92.0MHz (Bandar Gua Musang).

 

Kelantan FM kini boleh didengari di seluruh negeri Kelantan, Terengganu Utara, dan Selatan Thailand (Narathiwat), tetapi Kelantan FM boleh diterima siarannya di sebahagian negeri Pahang pada FM 97.3MHz dari Bukit Bakar.

 

Saya menerima siaran Kelantan FM 97.3MHz di beberapa kawasan negeri Pahang bawah berikut:

 

1. Benta (190km)

2. Merapoh (117km)

3. Cameron Highlands (Kea Farm Brinchang, Lavender Garden Tringkap, dan Blue Valley) **

 

** Kea Farm Brinchang (165km), Lavender Garden Tringkap (162km), Blue Valley (158km)

 

Kuasa pemancar Kelantan FM 97.3MHz Bukit Bakar ialah 2kW, terdapat beberapa rakaman video isyarat Kelantan FM diambil di beberapa kawasan negeri Pahang:

 

1. Benta

 

2. Merapoh

 

3. Cameron Highlands

 


Bagi kawasan Cameron Highlands, pendengar perlu menggunakan radio yang berkualiti baik dan menerima siaran Kelantan FM di kawasan yang tinggi. Oleh itu, isyarat mungkin lebih jelas. Rakaman video Kelantan FM 97.3MHz di Kea Farm Brinchang diambil semasa kesesakan lalu lintas.


Di Benta, rakaman video diambil di RnR Benta pada 14 November 2021, pukul 8 pagi.


Frekuensi Kelantan FM di kawasan Merapoh, Pahang ialah FM 97.3MHz dari Bukit Bakar, bukannya FM 92.0MHz dari Bukit Chupak yang disebut di Wikipedia. Untuk makluman, liputan FM 92.0MHz hanya terhad di Bandar Gua Musang sahaja.


Tiada isyarat Kelantan FM 97.3MHz dikesan di Padang Tengku, Bandar Kuala Lipis dan Raub, namun gangguan isyarat dari pemancar Ai FM Bukit Fraser 97.1MHz boleh dikesan di kawasan tersebut, termasuk Benta.


Benta adalah kawasan negeri Pahang yang paling jauh dimana saya menerima siaran Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar.

No comments:

Post a Comment