Thursday 18 November 2021

Siaran RTM Pahang FM boleh diikuti di sebahagian negeri Kelantan, FM 107.5MHz dan FM 100.3MHz

 

RTM Pahang FM ialah stesen radio negeri untuk Pahang, dan siaran Pahang FM boleh didengari di seluruh negeri Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Perak Selatan, Terengganu Selatan dan sebahagian Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor, tetapi Pahang FM masih boleh diterima di sebahagian kecil negeri Kelantan. 

 

Di sini adalah kawasan negeri Kelantan yang boleh menerima siaran Pahang FM dengan frekuensi bawah berikut:

 

1. FM 107.5MHz Gunung Ulu Kali

- dari Taman Wangi ke Bandar Gua Musang (163km)

- Rantau Manis (173km)

- Sebahagian Pos Blau 

- Kuala Betis (163km) 

 

2. FM 100.3MHz Gunung Brinchang

- Lojing (hanya kawasan Masjid Keputeraan Lojing) [11km]

 

Pahang FM 107.5MHz adalah stesen radio Gunung Ulu Kali yang hanya boleh diterima di Bandar Gua Musang, tetapi Pahang FM 107.5MHz mempunyai gangguan frekuensi sama dengan sebuah stesen radio Thailand dari Lochut di kawasan tersebut.

 

Pemancaran FM 100.3MHz dari Gunung Brinchang hanya boleh diterima sehingga Masjid Lojing, lepas itu isyarat jadi lemah semasa turun bukit dari Lojing ke Pos Brooke. Isyarat Pahang FM 100.3MHz sudah tidak dapat diterima sepenuhnya dari Pos Brooke, manakala FM 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali boleh diterima di sebahagian Pos Blau, cuma kurang stabil isyaratnya.



No comments:

Post a Comment