Monday, 29 November 2021

Frekuensi Buletin FM di Kota Bharu and Kuala Terengganu ditutup, dan Hot FM ditukar frekuensinya kepada 88.6MHz di Kota Bharu. Media Prima Audio bakal melancarkan stesen radio ke-5 sebagai radio Melayu Pantai Timur?

 

Kredit gambar kepada Harian Metro


Pada 2hb Ogos 2021, Media Prima Audio (MPA) menjenamakan semula Kool FM kepada Buletin FM, stesen radio berita bahasa Melayu. Ia bersiaran pada frekuensi FM 101.3MHz di Lembah Klang (tidak termasuk Perak Selatan, Selangor Utara dan Pahang Barat), FM 90.2MHz di Pulau Pinang, FM 107.3MHz di Alor Setar, FM 93.6MHz di Kuala Terengganu, FM 88.6MHz di Kota Bharu dan FM 104.3MHz di Kuching.

 

Setelah 4 bulan penjenamaan semula Kool FM kepada Buletin FM, kini Buletin FM menarik diri dari pasaran Pantai Timur dengan menutup frekuensi Kuala Terengganu and Kota Bharu, manakala frekuensi Buletin FM di Kota Bharu 88.6MHz ditukar kepada siaran Hot FM, berkuatkuasa dari hari ini.

 

Frekuensi asal Hot FM di Kota Bharu pada 105.1MHz kini menjalani siaran percubaan, manakala frekuensi Buletin FM di Kuala Terengganu pada 93.6MHz juga menjalani siaran percubaan.

Siaran percubaan ini memainkan lagu sepanjang zaman, juga lagu tradisional Pantai Timur (contoh: Dikir Barat).

 

Setelah Hot FM mengubah frekuensinya di Kota Bharu kepada 88.6MHz, frekuensi di kawasan lain masih kekal sama. 

 

Pada pandangan saya, dengan mendengar rakaman video siaran percubaan FM 105.1MHz, saya berasa Media Prima Audio akan melancarkan stesen radio kelima untuk menyasarkan pasaran Pantai Timur. Stesen radio kelima Media Prima Audio bakal bersaing dengan Gegar dan Manis FM.

 

Penutupan siaran Buletin FM di Kuala Terengganu and Kota Bharu mungkin adalah langkah baik kepada Media Prima Audio kerana Buletin FM tiada mempunyai nilai pasaran/komersil yang berpotensi di kedua-dua bandar ini. Selain itu, saya telah menyedari bahawa stesen radio perbincangan, radio bisnes atau radio berita (tidak kira apa bahasa penghantarnya) "tidak laku" di wilayah Pantai Timur, malah Bernama Radio tidak mempunyai frekuensi di kawasan Pantai Timur.

 

Pendengar Pantai Timur lebih suka mendengar stesen radio hiburan dan muzik daripada stesen radio perbincangan. Bagi pendengar Melayu di Pantai Timur, mereka lebih suka mendengar stesen radio tempatan daripada stesen radio berperingkat nasional. Contohnya:

 

1. THR Gegar

2. Manis FM

3. RTM Kelantan FM

4. RTM Pahang FM

5. RTM Terengganu FM

 

Saya pernah berfikir jika frekuensi Buletin FM di Kota Bharu dan Kuala Terengganu dipindah kepada stesen Bahasa Cina, 8FM, ia memang "tidak laku" jika 8FM memperluaskan siarannya ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu kerana tiada nilai komersil di kedua-dua bandar akibat kurang penduduk Cina.

 

Mengenai tarikh pelancaran stesen radio ke-5 Media Prima Audio, saya belum mendapat maklumat lagi kerana hari ini adalah hari pertama siaran percubaan di Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

 

Frekuensi di Kuantan mungkin ditambah kemudian.

 

Di sini adalah senarai frekuensi terkini radio Media Prima Audio di Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

 

==Kota Bharu==

* 88.6MHz: Hot FM (frekuensi asal: 105.1MHz)

* 107.4MHz: Fly FM (kekal sama)

* 105.1MHz: (siaran percubaan)

 

==Kuala Terengganu==

* 105.0MHz: Hot FM (kekal sama)

* 93.6MHz: (siaran percubaan)

* 107.5MHz: Fly FM (kekal sama)

 

Buletin FM masih boleh didengari di Kota Bharu dan Kuala Terengganu dengan melalui platform digital seperti YouTube, JOOX, MYTV myFreeview, laman web buletinfm.audio, juga applikasi AUDIO+ yang boleh dimuat turun daripada Google PlayStore, Apple App, dan Huawei App Gallery.

 

Mengenai siaran radio ke-5 Media Prima Audio, jom kita nantikan stesen radio tersebut.



1 comment:

  1. Sejak tukar KoolFm kpd BuletinFM dah jarang dgr...skrg beralih ke NasionalFM...alangkah bagusnya Koolfm dikekal dan ditambah frekuensi

    ReplyDelete