Di kawasan Lojing, RTM Kelantan FM tidak mempunyai liputan oleh pemancar tempatan di kawasan tersebut, dan pendengar di Lojing mungkin menerima siaran Kelantan FM pada 97.3MHz dari Bukit Bakar, tetapi kemungkinan bukan semua kawasan di Lojing boleh menerima isyarat dari Bukit Bakar.
Saya berfikir jika Gunung Brinchang boleh meliputi kawasan Lojing atau tidak, saya membuat pertanyaan kepada pihak RTM. Saya diberitahui bahawa Lojing tidak menerima liputan siaran dari Gunung Brinchang, ini bermakna Kelantan FM tidak dapat meliputi kawasan Lojing jika memasang pemancar di Gunung Brinchang.
RTM menunjukkan peta simulasi Nasional FM 93.1MHz Gunung Brinchang. Kuasa pemancarnya hanya 100W, 93.1MHz tidak dapat meliputi Lojing. Seterusnya, saya membuat peta simulasi Kelantan FM 105.9MHz Gunung Brinchang pada kuasa pemancar 1kW dan susunan antenna Yagi 3 bay (3 bay array Yagi antenna).
Kelantan FM 105.9MHz Gunung Brinchang
* Kuasa: 1kW
* Konfigurasi antenna: 3 bay array Yagi (SIRA-FM 07)
* Antenna gain: 13.5dBd
Peta simulasi liputan Kelantan FM 105.9MHz Gunung Brinchang yang saya buat sama dengan Nasional FM 93.1MHz. Kedua-dua stesen radio tidak dapat meliputi Lojing dari Gunung Brinchang setelah saya membuat perbandingan antara dua peta pemancar tersebut.
Saya menggunakan peta Google untuk melihat apa barang sekitar sempadan Pahang-Kelantan di Cameron Highlands. Saya mendapati sebuah menara pemancar terletak di Cameron Highlands yang berhampiri dengan sempadan negeri Kelantan.
Menara pemancar telekommunikasi tersebut terletak di Ulu Telom, Cameron Highlands yang berhampiri dengan sempadan Kelantan.
- Koordinat GPS: 4°35'40.0"N 101°25'58.4"E
Ketinggian aras laut koordinat GPS tersebut ialah 1425m, manakala ketinggian menara tersebut ialah 50m (anggaran).
Saya menjanakan liputan menara pemancar ini dengan parameter berikut:
- Frekuensi: FM 105.9MHz
- Kuasa: 1kW
- Tempat pemancar: Ulu Telom, Cameron Highlands, Pahang (berhampiri dengan sempadan Negeri Kelantan)
- Ketinggian aras laut: 1425m
- Ketinggian antenna: 40m
- Jenis antenna: 3 bay array dipole antenna
- Antenna gain: 6.0dBd
- Koordinat GPS: 4°35'40.0"N 101°25'58.4"E
Berdasarkan pada peta liputan menara pemancar tersebut, Kelantan FM 105.9MHz dapat meliputi kawasan Lojing, berbanding dengan Gunung Brinchang. Oleh kerana itu, tempat pemancar Ulu Telom di Cameron Highlands lebih strategik dan sesuai daripada Gunung Brinchang jika Kelantan FM meliputi Lojing.
Pada sudut frekuensinya, saya memilih FM 105.9MHz dalam analisa ini kerana ia mempunyai jarak frekuensi sebanyak 200kHz dengan 105.7MHz (Gunung Ulu Kali) dan 106.1MHz (Bukit Larut) yang jauh. Tiada frekuensi yang berhampiri dengan 105.9 digunakan di Gunung Kledang. Oleh itu, pemancar Kelantan FM 105.9MHz dari Ulu Telom, Cameron Highlands tidak menyebabkan gangguan kepada stesen radio lain di Cameron Highlands.
==RF analisa==
105.7MHz: Lite FM Gunung Ulu Kali
105.9MHz: Kelantan FM Ulu Telom
<200kHz, OK>
105.9MHz: Kelantan FM Ulu Telom
106.1MHz: Ai FM Bukit Larut
<200kHz, OK>
Secara asasnya, 98.1 dan 99.6 mungkin sesuai, tetapi saya tidak memilihnya dalam analisa ini supaya tidak mengganggu liputan Raaga 97.9 dan 988 99.8 dari Gunung Kledang di Cameron Highlands. Difahamkan terdapat banyak pendengar Cina dan India di Cameron Highlands mendengar siaran Raaga 97.9 dan 988 99.8MHz.
Dengan FM 105.9MHz menara Ulu Telom untuk meliputi Lojing, liputan titik buta Kelantan FM di Lojing akan dikurangkan. Pendengar Kelantan FM yang berkunjung dari Lojing ke Gua Musang boleh mengikuti siaran tersebut pada 105.9MHz, 97.3MHz dan 92.0MHz sebaliknya.
Ada hadnya jika RTM menambah pemancar gap filler di menara pemancar Ulu Telom kerana saya kurang pasti siapa pemilik menara tersebut. Selain itu, saya juga kurang pasti sama ada menara pemancar ini mempunyai infrastruktur untuk penyiaran radio atau tidak.
(Kemas kini penyiasatan tempat pemancar Ulu Telom): Tempat menara pemancar yang dicadangkan mungkin tidak digunakan kerana menara tersebut dimiliki oleh DiGi.
1. Menara pemancar tersebut dimiliki oleh DiGi.
2. Digi tidak mempunyai infrastruktur penyiaran. Menara DiGi di Cameron Highlands yang berhampiri dengan Lojing tersebut hanya mengendalikan perkhidmatan pemancaran selular mudah alih (2G, 36 dan 4G).
3. Dengan melihat pada tempat menara tersebut, dalam bekas kabinet mempunyai ruang sangat kecil. Oleh itu, tidak cukuplah untuk memasang sistem pemancar radio FM dalam bekas kabinet itu.
Kesimpulannya, walaupun tempat pemancar yang dicadangkan di Cameron Highlands yang berhampiri dengan sempadan Kelantan lebih strategik daripada Gunung Brinchang untuk Kelantan FM bagi meliputi Lojing, tetapi tidak mungkinnya RTM akan memasang pemancar jurang di menara tersebut kerana ia dimiliki oleh DiGi dan ia cuma mengendalikan perkhidmatan pemancaran selular mudah alih (isyarat telefon bimbit).
FM 97.3MHz Bukit Bakar hanya frekuensi yang boleh diterima di Jalan Lojing-Gua Musang.
No comments:
Post a Comment