Pahang FM 104.1MHz dari tempat pemancar Bukit Pelindung dengan kekuatan pemancar 1kW meliputi kawasan Pahang Timur, terutamanya Kuantan, Pekan dan sebahagian Terengganu Selatan (Kemaman, Jabor, Kijal).
Di kawasan Pekan dimana dalam liputan Pahang FM 104.1MHz dari Bukit Pelindung, terdapat beberapa kawasan tersebut mempunyai isyarat gangguan oleh Best FM 104.1MHz dari Gunung Ulu Kali.
Terima kasih kepada Abang Fazrien atas video tersebut. Walaupun video itu dirakam pada tahun 2019, saya menerima video itu daripadanya pada masa itu dan memuat naik ke YouTube sebagai maklumat dan rujukan.
104.1MHz: Best FM Gunung Ulu Kali (178km)
104.1MHz: Pahang FM Bukit Pelindung (38km)
Gangguan antara kedua-dua stesen radio tersebut di Pekan akibat menggunakan frekuensi sama. Selain itu, tiada halangan gunung tinggi di kawasan antara Pekan dan pemancar Gunung Ulu Kali, oleh itu pemancaran Gunung Ulu Kali boleh sampai ke Pekan. Di samping itu, tempat pemancar Gunung Ulu Kali sangat tinggi, melebihi daripada Bukit Pelindung.
Gangguan siaran Pahang FM 104.1MHz dari Bukit Pelindung oleh Best FM 104.1MHz dari Gunung Ulu Kali tidak menjejaskan pendengar untuk menerima siaran Pahang FM kerana RTM Pahang FM melancarkan satu pemancar lagi di Bukit Sulai pada frekuensi 95.5MHz dimana pemancar tersebut meliputi Gambang.
Penerimaan Pahang FM 104.1MHz kurang memuaskan di Gambang, RTM melancarkan pemancar Bukit Sulai 95.5MHz pada tahun 2013, dengan Nasional FM 88.3MHz dan Radio Klasik FM 89.2MHz.
Pahang FM 95.5MHz dari Bukit Sulai boleh meliputi kawasan Pekan. Oleh kerana itu, Pahang FM 95.5MHz Bukit Sulai dijadikan frekuensi alternatif kepada FM 104.1MHz Bukit Pelindung di Pekan, Pahang.
Pada pandangan saya, jika Pahang FM 104.1MHz Bukit Pelindung diganggu oleh Best FM 104.1MHz Gunung Ulu Kali di Pekan, pendengar Pahang FM di kawasan tersebut boleh menala frekuensi kepada FM 95.5MHz dari Bukit Sulai untuk teruskan mendengar siaran tersebut. Bagi pendengar Best FM pula, mereka boleh menerima siaran Best FM di Pekan pada 94.8MHz dari Gunung Ledang atau 102.5MHz dari Bukit Tinggi (Mersing, Johor).
No comments:
Post a Comment