Sunday, 25 March 2018

Cadangan frekuensi Asyik FM di Gerik, Perak


Sejak 2015, Asyik FM telah menambah 1 pemancar jurang (gap filler) di daerah Hulu Perak, iaitu FM 97.3MHz di Bukit Ladang Teh. Sebenarnya liputan Asyik FM 97.3MHz dari Bukit Ladang Teh hanya Lenggong, Enggor dan Sauk, Perak, pendengar di kawasan sebahagian Kuala Kangsar boleh mengikuti siaran ini pada 97.3MHz, tetapi kurang jelas.




Kawasan Gerik tidak akan menerima siaran Asyik FM pada 97.3MHz dari Bukit Ladang Teh, walaupun kuasa pemancar ditambah kepada 2kW. Pada masa yang sama, kawasan Gerik juga ada penduduk Orang Asli. Oleh itu, satu frekuensi lagi diperlukan untuk kawasan Gerik dengan menambah pemancar di Bukit Mempelam Sari, Gerik.

==Cadangan frekuensi Asyik FM di Gerik==
Frekuensi: FM 93.9MHz
Kuasa: 2kW
Tempat pemancar: Mempelam Sari, Gerik, Perak.
Kawasan liputan: Gerik, Intan dan sebahagian kawasan Pengkalan Hulu

==Analisa RF==

93.6MHz: Hitz Bukit Larut
93.9MHz: Asyik FM Mempelam Sari, Gerik
<300kHz, OK>

93.8MHz: Sinar FM Bukit Panau
93.9MHz: Asyik FM Mempelam Sari, Gerik
<100kHz, OK>

93.9MHz: Asyik FM Mempelam Sari, Gerik
93.9MHz: Mutiara FM Gunung Jerai
<0kHz, OK>
























Dengan pemancar Asyik FM di Gerik, kawasan tersebut boleh menerima siaran tersebut dengan jelas dan stabil. Secara terbaliknya, jika saya mencadangkan Asyik FM menambah pemancar di Bukit Palong untuk Gerik, cadangan tersebut kurang sesuai kerana bukan semua kawasan Gerik boleh menerima siaran Asyik FM dengan jelas. Tambahan pula, tiada perkampungan Orang Asli dalam kawasan liputan Bukit Palong Kedah.

No comments:

Post a Comment