Sunday 25 March 2018

Cadangan frekuensi Asyik FM di Tapah, Perak



Asyik FM ialah sebuah stesen radio bahasa Orang Asli oleh RTM. Di kawasan Perak, FM 102.5MHz dipancar dari Gunung Ulu Kali boleh didengari di kawasan Perak Selatan seperti Tanjung Malim, Slim River, Terolak, dan Manjung dengan jelas.

Sebenarnya Asyik FM 102.5MHz Gunung Ulu Kali berkuasa 5kW khususnya untuk kawasan Pahang Barat dan Selangor dimana banyak Orang Asli berduduk di kawasan tersebut. Oleh itu, tala antenna pemancarnya ialah arah timur. 

Di Perak, terdapat juga banyak Orang Asli di kawasan Tapah dan Bidor. Kawasan ini boleh menerima siaran radio dari Gunung Ulu Kali dengan jelas, tetapi Asyik FM 102.5MHz kurang jelas, walaupun isyarat stesen berdekatan iaitu Ikim FM 102.7MHz Gunung Kledang jadi lemah di Bidor dan Tapah.

102.5MHz: Asyik FM Gunung Ulu Kali
102.7MHz: IKIM FM Gunung Kledang
<200kHz, OK>

Bandar Tapah boleh menerima stesen radio Gunung Ulu Kali dengan jelas, tetapi kawasan bukit yang menuju ke arah Cameron Highland tidak boleh menerima siaran radio dari Gunung Ulu Kali, same dengan juga di Chenderiang yang dekat dengan Hutan Lipur Sungai Salu. 

Kini, di kawasan Perak, Asyik FM hanya boleh didengari di kawasan Lenggong, dan sedikit bahagian Sungai Siput (U) pada FM 97.3MHz yang dipancar dari Bukit Ladang Teh Lenggong. Di samping itu, Asyik FM 105.1MHz Gunung Bricnhang boleh didengari di kawasan Gopeng, Simpang Pulai, Bota, Langkap dan Seri Iskandar, tetapi isyarat kurang jelas.

Pada pandangan saya, Asyik FM perlu memperluaskan liputan siarannya ke kawasan Tapah dengan memasang pemancar di Changkat Rembian. Oleh itu, Orang Asli kawasan Tapah, Chenderiang, Bidor, Temoh, dan Langkap boleh menerima siaran Asyik FM dengan lebih jelas daripada FM 102.5MHz Gunung Ulu Kali dan FM 105.1MHz Gunung Brinchang. Sebenarnya kawasan Bidor dan Tapah tidak boleh menerima siaran Asyik FM pada 105.1MHz dengan jelas akibat diganggu oleh Zayan FM 104.9MHz Ulu Kali dan Suria FM 105.3MHz Gunung Ulu Kali. Jika tala FM 105.1MHz di Bidor, apa kita dengar ialah gangguan signal oleh Zayan FM 104.9MHz (dulu Red FM).

==Cadangan saya tentang frekuensi Asyik FM untuk Tapah==
Frekuensi: FM 107.7MHz
Kuasa: 2kW
Tempat pemancaran: Changkat Rembian, Tapah, Perak
Kawasan liputan: Tapah, Bidor, Sungkai, Langkap, Kampung Gajah, Chenderiang, dan Temoh.



==Analisa RF==

107.5MHz: Pahang FM Gunung Ulu Kali
107.7MHz: Asyik FM Changkat Rembian
<200kHz, OK>

107.7MHz: Asyik FM Changkat Rembian
107.9MHz: Minnal FM Bukit Larut
<200kHz, OK>

No comments:

Post a Comment