Sunday 8 August 2021

Gangguan siaran frekuensi Buletin FM di Lembah Klang 101.3MHz: Tempat pemancar masih berkekal di Bukit Sungai Besi, bukannya dipindah ke Gunung Ulu Kali yang saya ramalkan semalam, ia cuma membaiki alat sistem pemancarnya.

 

Semalam Buletin FM memaklumkan bahawa siarannya akan terganggu di Lembah Klang 101.3MHz pada 8 Ogos 2021 dari 11 pagi hingga 2 petang.

 

Pada mulanya saya berasa dan sangka Buletin FM akan memindahkan tempat pemancar frekuensi Lembah Klang FM 101.3MHz dari Bukit Sungai Besi ke Gunung Ulu Kali demi memperluaskan siarannya ke lebih kawasan.

 

Buletin FM mula menutup isyarat FM 101.3MHz buat sementara pada 11.30 pagi. Lepas itu, siarannya kembali, tetapi kurang stabil, dan sekarang penerimaan Buletin FM 101.3MHz bertambah baik.

 

Sebelum 11 pagi, isyarat Buletin FM 101.3MHz memang lemah, macam menerima siaran radio dari Gunung Kledang di Slim River, Perak.

 

Selepas frekuensi Buletin FM 101.3MHz kembali bersiaran pada 12 tengah hari. Selepas 1-2 jam dari 12 tengah hari, saya bertanya kawan saya di Rawang dan Sungai Besar untuk mencubanya, tetapi kawan saya yang berada di Sungai Besar memaklumkan bahawa Buletin FM 101.3MHz tidak dapat diterima di kawasan tersebut, manakala isyarat Buletin FM 101.3MHz masih tidak jelas di Rawang.

 

Terima kasih kepada maklum balas kawan saya. 

 

Pada pandangan saya, berdasarkan pada maklum balas mengenai penerimaan siaran Buletin FM 101.3MHz di Sungai Besar dan Rawang, Buletin FM 101.3MHz masih kekal dipancar dari Bukit Sungai Besi, bukannya dipindah tempat pemancarannya ke Gunung Ulu Kali yang saya ramalkan semalam.

 

Kawan saya dari Seremban pun berkata bahawa Buletin FM 101.3MHz masih tiada isyarat selepas 2 petang. Ini bermakna Buletin FM 101.3MHz di Lembah Klang tidak dipindahkan ke Gunung Ulu Kali. Sekiranya ia dipindahkan ke Gunung Ulu Kali, Seremban masih boleh dapat menerima Buletin FM, walaupun isyarat lemah.

 

Oleh kerana Sungai Besar (Selangor) masih tidak dapat menerima Buletin FM 101.3MHz selepas gangguan siaran sudah diselesaikan, saya percaya Media Prima cuma membaiki atau mengganti alat pemancar (contoh: sistem antenna) Buletin FM 101.3MHz di Bukit Sungai Besi. 

 

Jika sistem alat pemancar dibaiki atau diganti dalam 30 minit, saya mungkin percaya alat ganti baru sudah dipasang sebelum pengumuman gangguan siaran Buletin FM 101.3MHz diperbuat di Facebook semalam, cuma sistem antenna baru belum digunakan lagi sehingga gangguan siaran Buletin FM 101.3MHz diselesaikan.

No comments:

Post a Comment