Hari ini saya menerima mesej daripada rakan peminat radio mengenai Buletin FM (dahulu dikenali sebagai Kool FM) memaklumkan bahawa frekuensi stesen radio tersebut FM 101.3MHz di Lembah Klang akan mengalami gangguan pada 8 Ogos 2021 bermula 11 pagi hingga 2 petang.
Gangguan siaran Buletin FM 101.3MHz di Lembah Klang berlaku selama 3 jam. Pengumuman tersebut dibuat di Facebook rasminya pada petang tadi.
Ada kemungkinan sebab Buletin FM 101.3MHz di Lembah Klang berhenti siaran pada 8 Ogos 2021 dari 11 pagi hingga 2 petang.
1. Sistem antenna atau pemancar Buletin FM 101.3MHz di Bukit Sungai Besi diganti baru.
ATAU
2. Buletin FM 101.3MHz dipindahkan sistem pemancarnya dari Bukit Sungai Besi ke Gunung Ulu Kali untuk memperluaskan liputan siarannya.
Buletin FM 101.3MHz sebenarnya dipancar dari Bukit Sungai Besi di bawah zaman Ultra FM (UFM 101.3MHz) sejak Januari 2013, sehingga stesen Ultra FM dan Pi Mai FM (Pulau Pinang) dibeli oleh Media Prima pada November 2015, serta dijenamakan kepada Kool FM pada Mac 2016.
Pada zaman Kool FM, pemancar 101.3 tidak dipindahkan ke Gunung Ulu Kali atas sebab ruang tempat pemancar Gunung Ulu Kali telah penuh.
Jika tekaan saya mengenai Buletin FM 101.3MHz dipindahkan sistem pemancarnya ke Gunung Ulu Kali adalah betul dan sahih, pendengar di Pahang Barat, Utara Selangor, Perak Selatan dan sebahagian Negeri Sembilan bakal menerima siaran Buletin FM 101.3MHz dari Gunung Ulu Kali. Di samping itu, kemungkinan bandar Gua Musang pun boleh menerima siaran tersebut, sedangkan Fly FM 95.8MHz, 8FM 88.1MHz, Hot FM 97.6MHz dan Suria FM 105.3MHz boleh didengari di Bandar Gua Musang, Kelantan.
Ada orang kata FM 101.3MHz tidak sesuai dipancar dari Gunung Ulu Kali kerana menganggu FM 101.5MHz Gunung Telapak Burok dan Gunung Kledang, tapi berdasarkan pada analisa radio frekuensi, FM 101.3MHz masih ok jika dipindah ke Gunung Ulu Kali.
Rujuk kepada analisa frekuensi yang sedia ada,
==Gunung Ulu Kali vs. Gunung Telapak Burok pada 200kHz==
87.9MHz: Radio Klasik Gunung Telapak Burok
88.1MHz: 8FM Gunung Ulu Kali
<200kHz, OK>
101.3MHz: Buletin FM Gunung Ulu Kali
101.5MHz: Raaga FM Gunung Telapak Burok
<200kHz, OK>
==Gunung Ulu Kali vs. Gunung Kledang pada 200kHz==
87.9MHz: Fly FM Gunung Telapak Burok
88.1MHz: 8FM Gunung Ulu Kali
<200kHz, OK>
101.3MHz: Buletin FM Gunung Ulu Kali
101.5MHz: Lite FM Gunung Kledang
<200kHz, OK>
Sebenarnya penerimaan Buletin FM 101.3MHz dari Bukit Sungai Besi memang tidak memuaskan di Lembah Klang, banyak kawasan memang tidak jelas seperti stesen radio yang dipancar dari Gunung Ulu Kali. Lebih baik apabila Buletin FM 101.3MHz dipancar dari Gunung Ulu Kali.
2 tahun lepas, saya pernah menceburi bidang penyiaran radio sebagai jurutera penyiaran junior (walaupun saya bukan dari latar belakang telekomunikasi) di sebuah syarikat yang menjual alat pemancar radio. Saya memahami bahawa pihak penyiaran radio akan menanggung kos lagi tinggi jika memindah alat pemancar dari tempat A dan B. (Contoh: Memindah alat pemancar termasuk kabel dari Menara Kuala Lumpur ke Gunung Ulu Kali). Selain itu, saya mungkin memahami bahawa parameter akan berlari jika berpindah tempat pemancar dan menyebabkan gangguan kepada stesen lain.
Jika stesen radio buat sedemikian tanpa bergantung kepada pemilik pemancar, memang tidak berbaloi.
Oleh kerana Telekom Malaysia (TM) mengawal selia bagi tempat pemancarnya, tambahan pula menara Bukit Sungai Besi dan Gunung Ulu Kali adalah milik TM, jadinya saya berasa Telekom mungkin sudah memasang pemancar untuk Buletin FM 101.3MHz di Gunung Ulu Kali, tetapi belum dihidupkan.
Dalam 3 jam tersebut yang berlaku pada hari esok, jika tekaan saya tentang pemindahan pemancar Buletin FM 101.3MHz ke Gunung Ulu Kali adalah benar, sistem pemancar Bukit Sungai Besi mungkin dimatikan, manakala pemancar Gunung Ulu Kali akan dihidupkan, tetapi frekuensi akan kekal sama FM 101.3MHz. Selain itu, pemancaran dari studio Buletin FM ke tempat pemancar mungkin diubah dari Bukit Sungai Besi ke Gunung Ulu Kali.
Sekiranya Buletin FM 101.3MHz dipancar dari Gunung Ulu Kali, lebih kawasan boleh menerima siaran ini bawah berikut:
1. Selangor: Hulu Selangor, Rawang, Kuala Kubu Bharu, Serendah, Bukit Beruntung, Kerling, Kalumpang, Sungai Besar, Sekinchan, Sabak Bernam, Sungai Ayer Tawar, Ulu Bernam, Rasa, Lembah Beringin, Sepang dan Sungai Pelek.
2. Perak: Tapah, Bidor, Temoh, Chenderiang, Sungkai, Terolak, Slim River, Tanjung Malim, Behrang, Teluk Intan, Kampar Selatan, Langkap, Bagan Datuk, Hutan Melintang, Pasir Salak, Tanjung Tualang, Sitiawan, Lumut Selatan, Selekoh, dan Sungai Sumun.
3. Pahang: Bentong, Karak, Temerloh, Lanchang, Mentakab, Chenor, Maran, Kuala Lipis, Merapoh, Benta, Bera, Teriang, Kemayan dan sebahagian Jengka.
4. Kelantan: Bandar Gua Musang
5. Negeri Sembilan: Nilai, Mantin, Port Dickson, Linggi, Labu, Bukit Pelanduk dan sebahagian Seremban.
6. Melaka: Kuala Sungai Baru, Sungai Udang, Kem Terendak, Lubok Cina dan Masjid Tanah.
Nantikan perubahan siaran Buletin FM 101.3MHz pada 8 Ogos 2021 selepas 3 petang. Oleh kerana aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan akibat PKP dan Wabak COVID-19, saya meminta pembaca dan rakan pendengar radio cuba frekuensi ini di kawasan disenarai atas.
Anda boleh membalas komen mengenai artikel ini jika anda mempunyai maklum balas.
No comments:
Post a Comment