Sunday 29 August 2021

Astro Radio patut menjenamakan Zayan FM kepada Awani FM untuk bersaing dengan Buletin FM dan Bernama Radio.

 

Astro Radio kini mempunyai 4 buah stesen radio berbahasa Melayu, iaitu Era, Sinar, Gegar dan Zayan.

 

Zayan ialah stesen radio Melayu keempat daripada Astro Radio, ia adalah stesen radio yang berformat "kontemporari Muslim" (atau dikenali sebagai Muslim Moden). Frekuensinya dahulu digunakan oleh Red FM dimana Astro membeli Red FM dan Capital FM daripada Kumpulan Star Media Radio pada 30 September 2016.

 

Zayan telah bersiaran selama hampir 4 tahun, tetapi pada sudut pemasaran jenamanya, Zayan memfokuskan pada platform digital dan hasil pendapatan iklan dijana melalui plaform digital. Manakala, pada sudut prestasi stesen radio, Zayan adalah stesen radio Melayu yang "kurang berjaya", berbanding dengan Era, Sinar dan Gegar.

 

Saya membuat sedikit kajian tentang stesen radio yang didengari oleh ramai orang Melayu, kebanyakkan orang Melayu tidak kira muda atau tua mendengarkan siaran Era, Sinar, Suria FM, Best FM, IKIM FM dan Hot FM, manakala banyak orang Melayu di Pantai Timur mendengarkan siaran Gegar dan Manis FM, juga stesen negeri RTM seperti Terengganu FM dan Kelantan FM.


Tetapi saya memerhatikan bahawa kurang pendengar Melayu mendengarkan siaran Zayan FM. Jika saya membuat perbandingan antara Zayan dan Ikim FM, pendengar Melayu yang suka kandungan ilmu keagamaan lebih cenderung kepada IKIM FM, daripada Zayan.

 

Pada sudut rating antara dua buah stesen radio Muslim, IKIM FM pasti dah menang, dan mempunyai lebih pendengar daripada Zayan.

 

Pada pandangan saya, lagi sesuai jika Zayan boleh dijenamakan kepada "Awani FM" oleh pihak pengurusan Astro Radio demi mendapatkan lebih hasil pendapatan iklan.

 

Penjemaan semula radio Zayan kepada Awani FM sangat menyakinkan kerana Astro Radio boleh mempunyai sebuah stesen radio Bahasa Melayu yang dikenali sebagai "teman" kepada saluran TV Astro Awani.

 

Logo konsept Awani FM


Berbanding dengan Zayan, saya percaya bahawa Astro Radio akan mendapatkan lebih hasil pengiklanan jika Zayan ditukar kepada Awani FM. Di samping itu, saya juga percaya bahawa Awani FM akan menarik perhatian ramai golongan profesional Melayu atau PMEBs (Profesional, Pengurus, Usahawan dan Ahli Perniagaan) untuk mendengarkan siaran Awani FM.


Oleh itu, golongan PMEBs akan mendapat lebih maklumat yang mereka inginkan melalui stesen radio ini.


Sekiranya Astro Radio menjenamakan Zayan kepada Awani FM, ia boleh bersaing dengan Buletin FM dan Bernama Radio.


Jangkaan saya mengenai kandungan topik Awani FM ialah:

1. Isu semasa (politik, sosial dan dunia)

2. Keusahawanan, bisnes dan kewangan

3. Sukan

4. Dokumentari

5. Cara hidup

6. Bualan topik keagamaan 

7. Lagu indie Melayu (seperti Xfresh FM)

8. Teknologi

9. Berita

10. Analisis dan Ulasan

 

Saya berharap Astro Radio akan mempertimbangkan cadangan ini pada masa depan yang terdekat.

 


 

No comments:

Post a Comment