Wednesday, 8 April 2020

Berita sahih: RTM telah menamatkan siaran Nasional FM 92.0MHz dan Selangor FM 99.8MHz yang meliputi Hulu Langat, Selangor.

Pada Januari 2018, kita sudah mengetahui bahawa Nasional FM dan Selangor FM mempunyai frekuensi tambahan di negeri Selangor selain daripada frekuensi yang sedia ada seperti 88.5/95.3/91.7 untuk Nasional FM, dan 100.9MHz untuk Selangor FM.

Nasional FM dan Selangor FM bersiaran pada frekuensi tambahan 92.0 dan 99.8 masing-masing untuk meliputi kawasan titik buta di Hulu Langat, Selangor, dimana kawasan tersebut terlindung dari liputan pemancar yang sedia ada (Gunung Ulu Kali, Menara Kuala Lumpur dan Gunung Telapak Burok).

Pada peringkat awal, saya telah menyedari bahawa Nasional FM mempunyai frekuensi FM 92.0MHz dimana saya menerima di Balakong, Selangor pada 25th September 2017. Sehingga January 2018, saya menghantar emel kepada RTM untuk pertanyaan dengan rakaman audio saya, akhirnya saya telah diberitahui bahawa pemancaran tersebut ialah untuk Hulu Langat, bersama-sama dengan Selangor FM 99.8MHz.

Nasional FM 92.0MHz dan Selangor FM 99.8MHz dari Hulu Langat Batu 18 khususnya meliputi Hulu Langat, tetapi mereka masih boleh diterima di Balakong, Cheras serta sebahagian Kajang/Putrajaya/Puchong/Serdang, cuma isyarat lemah.

Penerimaan Selangor FM 99.8MHz agak menarik sebenarnya. Lokasi Balakong adalah tidak jauh dari Hulu Langat, tetapi Selangor FM 99.8MHz Hulu Langat ditindih dengan THR Raaga FM 99.7MHz dari Gunung Ledang antara sesama lain. Jarak pemancar Raaga FM 99.7MHz Gunung Ledang lebih jauh daripada RTM Selangor FM 99.8MHz Hulu Langat dimana jaraknnya ialah 120km.

Sehingga Mei 2019, Nasional FM 92.0MHz dan Selangor FM 99.8MHz tiada lagi beroperasi (atau dikenali sebagai off-air). Saya sangka bahawa mereka cuma membuat penyelenggaraan dan bakal kembali bersiaran pada masa terdekat, tetapi 92.0 dan 99.8 masih tidak mempunyai siaran apabila saya pulang dari Brisbane, Australia pada Ogos 2019.

Dari Mei 2019 hingga sekarang, RTM Nasional FM 92.0MHz dan 99.8MHz dari Hulu Langat masih tidak bersiaran. Ia menunjukkan RTM telah menamatkan pemancaran Hulu Langat untuk Nasional FM 92.0MHz dan Selangor FM 99.8MHz, tetapi Nasional FM dan Selangor FM masih boleh didengari dengan jelas pada 95.3MHz dan 100.9MHz dari Gunung Ulu Kali masing-masing, kualiti isyarat kedua-dua stesen masih baik. Pada pandangan saya, memang kurang pendengar menyedari bahawa Nasional FM dan Selangor FM mempunyai pemancar jurang (gap filler transmitter) di Hulu Langat kerana mereka telah menala frekuensi Nasional FM dan Selangor FM pada 95.3MHz dan 100.9MHz dari Gunung Ulu Kali masing-masing pada masa yang lebih awal.


Penerimaan siaran radio RTM dari Hulu Langat saya yang terakhir adalah Mac 2019, tetapi saya akan berkongsi video mengenai status penerimaan isyarat RTM Hulu Langat 92.0MHz dan 99.8MHz yang saya rakamkan pada tahun antara 2017 dan 2019.
 
==Nasional FM 92.0MHz==

 

==Selangor FM 99.8MHz==
 

Setelah RTM telah menutup siaran Nasional FM 92.0MHz dan Selangor FM 99.8MHz di Hulu Langat, Selangor, penamatan pemancar tersebut membolehkan Lembah Klang untuk mempunyai frekuensi kosong. Penyiar radio baru boleh memohon frekuensi di Lembah Klang dengan 91.9MHz dan 99.7MHz, tetapi bukan dipancar dari Gunung Ulu Kali, Menara Kuala Lumpur dan Bukit Sungai Besi. FM 91.9MHz dan 99.7MHz hanya dibenarkan untuk meliputi bandar Kuala Lumpur sahaja dengan pemancaran kuasa rendah seperti One FM 88.3MHz Bukit Gun untuk bandar Seremban sahaja.

91.9MHz dan 99.7MHz boleh digunakan di tempat pemancar Bukit Lanjan bagi meliputi Lembah Klang, tetapi kuasa rendah.

No comments:

Post a Comment