Saturday, 12 May 2018

Usul saya mengenai pelan memperluaskan siaran Bernama Radio di Pantai Timur




Bernama Radio ialah sebuah stesen radio berita pertama di Malaysia, ia bersiaran pada FM 93.9MHz di Lembah Klang dari Menara Kuala Lumpur (sepatutunya Gunung Ulu Kali supaya liputan lebih luas) sejak 2007.

Pada tahun 2012, Bernama Radio memperluaskan siarannya di Johor Selatan pada FM 107.5MHz dari Gunung Pulai, manakala Singapura dan Batam boleh menerima siaran ini. Bernama Radio melancarkan siarannya di Malaysia Timur, iaitu FM 100.9MHz di Kuching dari Bukit Antu, dan FM 107.9MHz di Kota Kinabalu dari Bukit Karatong.

Bukit Pelindung coverage

FM 106.5MHz Kuantan


Sebenarnya Bernama Radio boleh memperluaskan siaran lagi ke Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

==Cadangan saya terhadap frekuensi Pantai Timur untuk Bernama Radio==
* FM 107.9MHz: Bukit Bakar (2kW) untuk Kelantan dan Narathiwat Thailand
* FM 106.3MHz: Bukit Jerung (2kW) untuk Terengganu
* FM 106.5MHz: Bukit Pelindung (2kW) untuk Pahang Timur

Nota: Bagi Pahang Barat, Bernama Radio boleh didengari pada FM 93.9MHz jika dipancar dari Gunung Ulu Kali.

==Kelantan==
Biasanya stesen radio swasta melancarkan frekuensi di negeri ini, hanya meliputi Kota Bharu dan Kelantan Utara dengan pemancar Peringat (untuk Media Prima), Bukit Panau, Kunjung dan Telipot. Bagi RTM, Kota Bharu diliputi oleh pemancar Wakaf Che Yeh dimana iaitu pejabat RTM Kota Bharu. Justeru, RTM juga ada pemancar yang lebih luas untuk Kelantan iaitu Bukit Bakar yang terletak di Machang.

Pada pandangan saya, jika Bernama Radio ingin meliputi Kelantan, saya mencadangkan stesen ini akan dipancar dari Bukit Bakar. Oleh itu, pendengar Kelantan boleh mengikuti stesen ini dari Tumpat sehingga Gua Musang Utara, manakala pemancaran Bukit Bakar juga boleh sampai Besut dan Setiu Terengganu.

Bernama Radio Bukit Bakar FM 107.9MHz



==Terengganu==
Kebanyakkan stesen TV dan radio di Terengganu dipancar dari Bukit Besar, namun RTM sama juga dipancar situ, tetapi stesen swasta radio Pantai Timur seperti Gegar dan Manis FM dipancar dari Bukit Jerung yang terletak di Marang, Terengganu. 

Pada pandangan saya, Bukit Jerung lebih luas daripada Bukit Besar. Oleh itu, saya mencadangkan Bernama Radio melancarkan frekuensi Kuala Terengganu dengan memasang pemancar di Bukit Jerung. Pendengar Terengganu boleh mengikuti siaran Bernama Radio dari Besut sampai Kuala Dungun.

Bernama Radio Bukit Jerung FM 106.3MHz

Bukit Jerung coverage


No comments:

Post a Comment