Monday 14 May 2018

Cadangan saya mengenai siaran Bernama Radio untuk Kedah dan Perlis



Bayangkan Bernama Radio ingin memperluaskan siarannya ke wilayah utara terutama negeri Kedah, sebenarnya ini memberi kecabaran kepada stesen ini, disebabkan tiada frekuensi yang sesuai di wilayah tersebut.

Apa yang saya boleh memberi cadangan sebagai usulan ialah Bernama Radio menggunakan tempat pemancar sama ada Gunung Raya atau Menara Alor Setar untuk meliputi Kedah dan Perlis. Di sinilah usulan saya mengenai Bernama Radio frekuensi di Kedah dan Perlis:

- FM 91.5MHz: Menara Alor Setar 2kW
- FM 87.5MHz: Gunung Raya 2kW

==RF analisa FM 91.5MHz Menara Alor Setar==
91.5MHz: Bernama Radio Menara Alor Setar
91.7MHz: Traxx FM Bukit Palong
<200kHz, OK>

91.3MHz: Mix FM Bukit Larut
91.5MHz: Bernama Radio Menara Alor Setar
<200kHz, OK>

91.5MHz: Bernama Radio Menara Alor Setar
91.75MHz: Thailand radio (Tha Phae Satun Thailand)
<250kHz, OK>

==RF analisa FM 87.5MHz Gunung Raya==
87.5MHz: Bernama Radio Gunung Raya (ambil alih daripada Langkawi FM)
87.8MHz: One FM Gunung Jerai
<300kHz, OK>

FM 91.5MHz itu sebenarnya sudah ok jika digunakan di Menara Alor Setar, tetapi saya menambah satu cadangan lagi, iaitu FM 87.5MHz Gunung Raya.

RTM Langkawi FM bersiaran dengan dua frekuensi, iaitu FM 104.8MHz Gunung Raya dan FM 87.5MHz RTM Kuah. Sebenarnya FM 104.8MHz Gunung Raya boleh meliputi seluruh Langkawi, tetapi FM 87.5MHz hanya meliputi Kuah sajaha dengan kuasa 0.1kW.

Pada pandangan saya, Langkawi FM boleh menamatkan pemancar FM 87.5MHz Gunung Raya dan frekuensi tersebut patut diambil-alih oleh Bernama Radio untuk Kedah dan Perlis. Di samping itu, FM 87.5MHz boleh dipindah ke Gunung Raya sebelum Bernama Radio memulakan siaran di Langkawi, Kedah dan Perlis.

Secara keseluruhannya, dua usulan parameter yang saya cadangkan mungkin sesuai. Saya harap salah satu parameter akan berjaya diluluskan oleh SKMM dan frekuensi akan digunakan oleh Bernama Radio.

==Liputan pemancar Bernama Radio FM 91.5MHz Menara Alor Setar==



==Liputan siaran Bernama Radio 87.5MHz Gunung Raya==


No comments:

Post a Comment