Mengenai penerimaan stesen radio ini, liputan Bernama Radio FM 93.9MHz tidak luas seperti stesen radio lain kerana FM 93.9MHz dipancar dari Menara Kuala Lumpur.
Terdapat kawasan Lembah Klang kurang jelas pada FM 93.9MHz dari Menara KL. Untuk memperluaskan siaran Bernama Radio di Lembah Klang, FM 93.9MHz patut dipancar dari Gunung Ulu Kali. Oleh itu, seluruh Selangor boleh menerima Bernama Radio dengan jelas. Pada masa yang sama, Bernama Radio 93.9 boleh diikuti di negeri jiran Selangor seperti Perak, Pahang dan sebahagian Negeri Sembilan.
Sebelum ini, saya teleh menyusulkan cadangan ini kepada Bernama Radio dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun 2014, tetapi saya dimaklumkan bahawa menara pemancar Gunung Ulu Kali telah penuh akibat tiada ruang untuk pemancar baru.
Oleh kerana, stesen terrestrial TV di Malaysia diubah kepada digital dengan teknologi DVB-T2, manakala stesen analog TV akan ditutup pada Jun 2018 seperti dimaklumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak tahun lepas.
Saya percaya bahawa menara pemancar Gunung Ulu Kali akan ada ruang kosong jika semua stesen pemancar TV analog telah dinyahpasangkan. Oleh itu, Bernama Radio boleh memindah pemancar FM 93.9MHz ke Gunung Ulu Kali. Di sini, ini adalah usulan saya:
==Usulan saya mengenai tempat pemancar Bernama Radio 93.9MHz==
Frekuensi: FM 93.9MHz
Kuasa: 2kW
Tempat pemancar: Gunung Ulu Kali, Pahang.
==Analisa Bernama Radio 93.9MHz==
93.6MHz: Hitz FM Bukit Larut
93.9MHz: Bernama Radio Gunung Ulu Kali
<300kHz, OK>
93.9MHz: Bernama Radio Gunung Ulu Kali
94.2MHz: Mix FM Gunung Telapak Burok
<300kHz, OK>
93.9MHz: Bernama Radio Gunung Ulu Kali
94.0MHz: Fly FM Gunung Ledang
<100kHz, OK>
93.9MHz: Bernama Radio Gunung Ulu Kali
93.9MHz: Mutiara FM Gunung Jerai
<0kHz, OK>
93.6MHz: UiTM Shah Alam UFM
93.9MHz: Bernama Radio Gunung Ulu Kali
<300kHz, OK>
93.9MHz: Bernama Radio Gunung Ulu Kali
94.3MHz: Mix FM Gunung Kledang
<400kHz, OK>
==Liputan Bernama Radio FM 93.9MHz dari Gunung Ulu Kali==
* Seluruh Selangor
* Seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya
* Pahang: Bentong, Raub, Kuala Lipis, Temerloh, Bera, Chenor, Maran, Gambang dan Jerantut
* Perak: Tanjung Malim, Tapah, Teluk Intan, Bagan Datuk, Sitiawan, Seri Manjung, Lumut, Pangkor, Bota, Seri Iskandar, Ayer Tawar, Pantai Remis, Chenderiang, Bidor, Sungkai, Slim River, Kampung Gajah, Changkat Keruing dan sebahagian kawasan daerah Kampar
* Negeri Sembilan: Nilai, Mantin, Lenggeng, Labu, sebahagian Seremban/Senawang
Walaupun tiada frekuensi kosong di wilayah utara terutama Ipoh, tetapi Bernama Radio masih boleh diikuti di kawasan Perak pada FM 93.9MHz dari Gunung Ulu Kali.
No comments:
Post a Comment