Monday, 29 May 2023

Kedah FM 97.5MHz Gunung Jerai diterima di Lojing, Kelantan.

Di Tanah Tinggi Lojing, Kelantan, biasanya kita boleh mendengar 3 buah siaran stesen radio negeri RTM, iaitu Perak FM 94.7MHz (Gunung Brinchang), Kelantan FM 97.3MHz (Bukit Bakar) dan Pahang FM 100.3MHz (Gunung Brinchang), juga stesen radio swasta yang dipancar dari Gunung Kledang (contoh: Hot FM 104.5MHz, Fly FM 87.9MHz dll).

 

Saya tidak menyangka bahawa Kedah FM boleh diterima di Kelantan pada frekuensi FM 97.5MHz yang dipancar dari Gunung Jerai kerana Kedah FM cuma boleh didengari di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak Utara dan sebahagian kawasan Thailand.   

 

Pada tahun 2022, semasa perjalanan saya dari Pos Brooke ke arah Cameron Highlands selepas aktiviti rakaman isyarat radio di Masjid Lojing sudah selesai, saya menerima isyarat siaran Kedah FM 97.5MHz di Lojing.

 

Video penerimaan siaran Kedah FM 97.5MHz (Gunung Jerai) di Lojing, Kelantan diambil pada 1hb Mei 2022 (sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri 2022, ataupun Raya terkejut). 

Isyarat Kedah FM 97.5MHz cuma boleh diterima di kawasan antara Pos Brooke dan Masjid Keputeraan Lojing.

- Frekuensi: FM 97.5MHz

- Kuasa pemancar: 5kW

- Tempat pemancar: Gunung Jerai, Kedah

- Kawasan penerimaan: Lojing, Kelantan 

- Jarak: 174km


Siaran Kedah FM 97.5MHz di Lojing, Kelantan cuma jelas seketika semasa kereta saya sedang menaik bukit ke arah Cameron Highlands, isyarat terus hilang apabila saya sampai di Masjid Keputeraan Lojing.


Untuk makluman, isyarat dari Gunung Jerai tidak dapat menerima di kawasan sekitar Masjid Keputeraan Lojing, Kelantan.

 

No comments:

Post a Comment