Wednesday 1 March 2023

Perak FM boleh didengari di sebahagian negeri Pulau Pinang pada frekuensi 104.1MHz dari Bukit Larut.

 

Tahukah anda? Selain daripada negeri Perak, siaran radio RTM Perak FM masih boleh diikuti di Pulau Pinang.

 

Di Pulau Pinang, pendengar boleh menerima siaran Perak FM pada frekuensi FM 104.1MHz yang dipancar dari Bukit Larut.

 

Perak FM 104.1MHz dari Bukit Larut boleh didengari di kawasan Pulau Pinang seperti:

 

1. Nibong Tebal

2. Sungai Jawi

3. Sungai Bakap

4. Simpang Ampat

5. Juru

6. Perai 

7. Bayan Lepas

8. Teluk Kumbar

9. Bayan Baru

10. Gelugor

11. Jelutong

12. Sebahagian Bandar Georgetown

13. Sebahagian Butterworth

 

Pendengar dari negeri Perak boleh menerima siaran Perak FM 104.1MHz sehingga Georgetown dan Seberang Perai Tengah. Isyarat jelas jika mendengari di Jabatan Pulau Pinang semasa perjalanan dari Seberang Perai ke Georgetown.


Siaran Perak FM 104.1MHz tidak boleh diterima di Seberang Perai Utara seperti Penaga, Kepala Batas dan Tasek Gelugor serta Pulau Pinang Utara seperti Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang.

 

Kuasa pemancar Perak FM 104.1MHz Bukit Larut ialah 0.25kW. Sejak RTM telah menukar alat sistem pemancar radio Bukit Larut, siaran Perak FM 104.1MHz boleh didengari lebih jelas di Pulau Pinang.

 

Selain itu, pendengar di sebahagian negeri Kedah seperti Bandar Baharu, Kulim dan Serdang boleh menerima siaran Perak FM 104.1MHz.


No comments:

Post a Comment