Friday 17 March 2023

Senarai kawasan di Jerantut, Pahang yang boleh menerima siaran TV digital MYTV (atau dikenali sebagai myFreeview) dari Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan.

 

MYTV telah melancarkan pemancar DTT di Gunung Telapak Buruk secara rasmi pada hari ini. Frekuensinya sama dengan pemancar Bukit Tampin, Gunung Ledang, Kuala Rompin dan Bukit Tinggi, iaitu CH25 (UHF 506MHz) untuk MUX A, dan CH 23 (UHF 490MHz) untuk MUX B

 

Pemancar MYTV di Gunung Telapak Buruk khususnya untuk Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Seremban, Rembau, Jempol dan Port Dickson), Selangor Selatan dan sebahagian negeri Pahang (Bera, Manchis dan Simpang Pelangai).

 

Sebenarnya pemancar MYTV di Gunung Telapak Buruk boleh meliputi Kuala Krau dan sebahagian kawasan Jerantut.

 

Di Jerantut, terdapat sebuah tempat pemancar tempatan, iaitu Bukit Istana, tetapi MYTV tidak memasang pemancar di Bukit Istana dan penonton TV di kawasan tersebut perlu menerima siaran MYTV dengan melalui DTH (satelit).

 

Jerantut tidak boleh menerima siaran DTT MYTV dari Gunung Ulu Kali dan Bukit Fraser.

 

Selain dari DTH, MYTV boleh diterima dengan melalui isyarat DTT di Jerantut setelah pemancar Gunung Telapak Buruk dilancarkan kerana terdapat kawasan Jerantut boleh menerima isyarat siaran TV dan radio dari Gunung Telapak Buruk.

 

Jarak antara Gunung Telapak Buruk dan Jerantut (tidak termasuk Damak, Kuala Tembeling, Kuala Tahan, Ulu Tembeling) ialah 125-133km.

 

Untuk menerima siaran MYTV dengan isyarat DTT di Jerantut, penonton harus memasang antenna luar bermodel 37e dan menghala antenna ke arah selatan dari Jerantut.

 

Siaran MYTV dari Gunung Telapak Buruk boleh diterima di Jerantut, Pahang dengan kawasan bawah berikut:

1. Tebing Tinggi

2. Jerantut Feri

3. Kampung Pulau Tawar

4. Felda Padang Piol

5. Felda Kota Gelanggi

6. Kampung Temin

7. Felda Jengka 8

8. Kampung Bukit Dinding

9. Kampung Durian Hijau

10. Sebahagian Bandar Jerantut

11. Felda Jengka 24 

12. Kampung Tanah Rom

13. Kampung Perian

14. Kampung Sungai Tekam

 

Untuk makluman, pemancar DTT MYTV dari Gunung Telapak Buruk tidak meliputi seluruh daerah Jerantut. Tiada isyarat boleh diterima di Damak, Kuala Tembeling, Ulu Tembeling dan Kuala Tahan.

 

==Frekuensi MYTV DTT di Jerantut, Pahang==

* MUX A: CH25 (UHF 506MHz) dari Gunung Telapak Buruk

* MUX B: CH23 (UHF 490MHz) dari Gunung Telapak Buruk

 

No comments:

Post a Comment