Wednesday, 29 March 2023

RTM Asyik FM boleh didengari di Teluk Intan, Perak pada frekuensi FM 105.1MHz dari Gunung Brinchang.

 

Tahukah anda? Selain daripada platform MYTV dan RTM Klik, stesen radio RTM bahasa Orang Asli, Asyik FM boleh diterima di Teluk Intan, Perak dengan melalui frekuensi radio.

 

Asyik FM di negeri Perak Tengah dan Selatan diliputi dengan dua pemancar, iaitu FM 105.1MHz Gunung Brinchang dan FM 102.5MHz Gunung Ulu Kali.

 

Di Teluk Intan, Asyik FM boleh diterima dengan isyarat sederhana ke lemah. Mengenai frekuensi Asyik FM di Teluk Intan, saya berbanding dengan penerimaan dua frekuensi, iaitu 102.5MHz dan 105.1MHz.

 

Penerimaan siaran Asyik FM pada FM 102.5MHz dari Gunung Ulu Kali sangat lemah di Teluk Intan dan diganggu oleh Raaga FM 102.4MHz dari Gunung Jerai, manakala FM 105.1MHz dari Gunung Brinchang lebih jelas daripada 102.5MHz.

 

Secara keseluruhan, pendengar Asyik FM perlu menerima siaran pada frekuensi FM 105.1MHz dari Gunung Brinchang di Teluk Intan, Perak.

 

Di sini terdapat rakaman video penerimaan Asyik FM 105.1MHz dari Gunung Brinchang di Teluk Intan, Perak yang saya rakam pada tahun 2014, 2020 dan 2023.

 

- Frekuensi: FM 105.1MHz

- Kuasa pemancar: 0.1kW

- Tempat pemancar: Gunung Brinchang, Pahang

- Tempat penerimaan: Teluk Intan, Perak

- Jarak: 69km

No comments:

Post a Comment