Tahukah anda, Radio IKIM FM boleh diterima di Jerantut, Pahang.
Untuk makluman, sebahagian kawasan daerah Jerantut (tidak termasuk Kuala Tembeling, Damak dan Kuala Tahan) masih boleh menerima siaran IKIM FM pada frekuensi FM 102.7MHz yang dipancar dari Gunung Telapak Buruk.
Penerimaan siaran IKIM FM di Bandar Jerantut, Pahang pada frekuensi FM 102.7MHz boleh dikatakan sederhana hingga lemah, manakala 91.5MHz dari Gunung Ulu Kali dan 89.5MHz dari Gunung Ledang lebih lemah daripada 102.7MHz dari Gunung Telapak Buruk.
Terdapat dua rakaman video penerimaan IKIM FM 102.7MHz di Jerantut, Pahang dibuat semalam dengan dua lokasi, iaitu Bandar Lama Jerantut dan Taman Jerantut Feri Indah.
* Frekuensi: FM 102.7MHz
* Kuasa pemancar: 2kW
* Tempat pemancar: Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan
* Tempat penerima: Jerantut, Pahang
* Jarak penerimaan: 125km
==Penerimaan siaran IKIM FM di Jerantut, Pahang==
1. FM 91.5MHz Gunung Ulu Kali: Lemah
2. FM 102.7MHz Gunung Telapak Buruk: OK, tetapi lemah di sesetengah kawasan
3. FM 89.5MHz Gunung Ledang: Tiada isyarat
No comments:
Post a Comment