Friday 25 November 2022

Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar diterima di Genting Highlands, Pahang

 

Percaya atau tidak? Isyarat RTM Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar diterima di Genting Highlands, Pahang.

 

Pada 13hb November 2022, saya bercuti di Genting Highlands dengan keluarga saya. Sebelum saya mendaftar masuk hotel di First World pada 1 petang, saya pergi Hotel First World tingkat 24 untuk menerima isyarat radio yang jauh dari tempat pemancar.

 

Di tingkat 24 Hotel First World Genting, saya menerima siaran RTM Kelantan FM pada frekuensi 97.3MHz yang dipancar dari Bukit Bakar.

 

Rakaman video diambil berhampiran dengan lif dan antena radio dihalakan ke arah timur laut.

 

Rakaman video pertama diambil pada waktu pagi pukul 0752 jam dengan penerima radio TECSUN PL-380, manakala rakaman video kedua diambil pada waktu petang pukul 2 jam dengan penerima radio TECSUN PL-310 yang berwarna hitam. 

 

Gangguan frekuensi oleh Ai FM 97.1MHz yang dipancar dari Bukit Fraser boleh dikesan apabila saya menerima siaran Kelantan FM 97.3MHz di situ, manakala gangguan frekuensi oleh KL FM 97.2MHz dari Menara Kuala Lumpur boleh dikesan semasa saya beralih penerima radio saya ke tempat lain, walaupun sama tingkat.

 

Jarak antara Bukit Bakar dan Genting Highlands ialah 259km. 

 

Genting Highlands ialah kawasan yang paling jauh dimana saya terima siaran Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar, tetapi Langkawi ialah kawasan yang lebih jauh kerana kawan saya menerima siaran Kelantan FM di Pulau Langkawi pada awal tahun 2022.

 






 

No comments:

Post a Comment