Wednesday, 22 July 2020

THR Gegar boleh didengari di Johor pada FM 88.8MHz dengan melalui radio?


Setakat ini, stesen radio bahasa Melayu yang dimiliki oleh Astro Radio untuk pendengar Pantai Timur, Gegar (THR Gegar) bersiaran di Pahang Timur, Terengganu dan Kelantan Utara, tetapi Gegar boleh didengari di sebahagian negeri Johor pada frekuensi FM 88.8MHz yang dipancar dari Bukit Pelindung.

Secara umumnya, pendengar di luar kawasan Pantai Timur perlu mendengar Gegar pada Astro DVR Saluran 863 atau applikasi Syok secara online. Di kawasan Segamat, selain daripada Astro CH863 dan applikasi Syok, Gegar boleh didengari pada FM 88.8MHz dari Bukit Pelindung, tetapi kualiti isyarat radio tersebut mungkin kurang jelas dan kemungkinan ia berlaku gangguan oleh Traxx FM 88.7MHz dari Gunung Telapak Burok.

Selain daripada Segamat, Gegar FM 88.8MHz boleh didengari di Simpang Renggam, tetapi penerimaan di Simpang Renggam lebih lemah daripada Segamat.

Di sini, terdapat dua rakaman video mengenai penerimaan siaran THR Gegar FM 88.8MHz di Johor.



Secara kesimpulannya, bagi kawasan liputan FM 88.8MHz Bukit Pelindung, selain daripada Kuantan, Beserah, Pekan, Gambang, dan Muadzam Shah, THR Gegar FM 88.8MHz boleh didengari di sebahagian Johor (Segamat).

Sejak pesaingnya Gegar, iaitu Manis FM telah memperluaskan kawasan liputannya ke Pahang Tengah dengan FM 103.8MHz dari Bukit Senggora, saya berharap Astro Radio akan "melawan balik" Manis FM dengan menambah pemancar di Bukit Fraser (107.9MHz) untuk Bentong, Raub, Lipis, Temerloh, Bera dan Chenor, dan satu pemancar di Bukit Senggora (cadangan 100.8MHz) untuk Maran dan Jerantut.

2 comments:

  1. Ada latest info mengenai Kool fm media prima x bro..frequency extend maybe...

    ReplyDelete