Sunday 5 July 2020

Frekuensi Zayan di Seremban: FM 104.9MHz

Tahukah anda? Jika anda membaca senarai frekuensi FM untuk mendengar radio Zayan, anda tidak akan nampak frekuensi Seremban.

Terdapat pendengar Zayan masih mencari frekuensi untuk mendengar Zayan untuk kawasan Seremban hingga sekarang.

Untuk makluman, kepada pendengar Zayan di Seremban, anda boleh mendengar siaran Zayan pada FM 104.9MHz (sama dengan Lembah Klang).

FM 104.9MHz yang diterima di Seremban ialah dipancar dari Gunung Ulu Kali.

Sebenarnya, walaupun penerimaan FM 104.9MHz di Seremban tidak jelas seperti Port Dickson dan Nilai, tetapi Zayan masih boleh didengari di Seremban pada FM 104.9MHz. Siaran Zayan pada 104.9MHz lebih jelas di Senawang.

Stesen sebelum Zayan, iaitu Red FM yang dimiliki oleh Star Radio Group. Saya mendengar Red FM di Seremban pun menggunakan frekuensi FM 104.9MHz setelah 106.0MHz telah ditamatkan siaran sejak Jun 2009.

Pada masa sama, di sini adalah rakaman audio penerimaan signal radio Zayan di Seremban, Negeri Sembilan yang dirakam pada 3 Jun 2019. Rakaman audio diterima melalui Samsung Galaxy V Plus di Jalan Sungai Ujong.

No comments:

Post a Comment