Saturday, 1 August 2020

Tahukah anda? Siaran RTM Perak FM masih boleh didengari di sebahagian negeri Selangor pada 95.6MHz. (Berita Sahih)


RTM Perak FM adalah stesen radio negeri untuk Perak oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Selain negeri Perak, radio Perak FM masih boleh diterima di Pulau Pinang Selatan dan Cameron Highlands pada 104.1MHz Bukit Larut dan 94.7MHz Gunung Brinchang masing-masing.

Hiburan Berinformasi. Untuk Kome Aje!

Tahukah anda? Ini bukan berita palsu, tapi berita sahih. RTM Perak FM boleh didengari di negeri sebahagian Selangor pada FM 95.6MHz.

Perak FM mempunyai tujuh frekuensi untuk negeri Perak.

- FM 95.6MHz Gunung Kledang untuk Ipoh, Kampar, Hilir Perak, Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datuk
- FM 104.1MHz Bukit Larut untuk Taiping, Kerian, Kuala Kangsar dan Sungai Siput (U)
- FM 94.7MHz Gunung Brinchang untuk Cameron Highlands
- FM 96.2MHz Gerik
- FM 94.2MHz Bukit Ladang Teh untuk Lenggong
- Perak Selatan
* FM 97.3MHz Changkat Rembian untuk Tapah, Bidor, Chenderiang, Temoh
* FM 89.6MHz Bukit Asa untuk Tanjung Malim dan Slim River

Walaupun Perak FM frekuensi untuk Perak Selatan ialah 97.3 dan 89.6 yang diterbitkan di laman webnya, tetapi ini tidak bermaksud bahawa Selangor boleh menerima Perak FM pada 97.3 dan 89.6 kerana kedua-dua frekuensi hanya untuk Batang Padang dan Muallim dengan kuasa pemancar yang lebih jauh rendah daripada 95.6MHz.

Untuk negeri Selangor, saya boleh menerima siaran Perak FM pada 95.6MHz dari Gunung Kledang dengan jelas di kawasan bawah berikut:

1. Sabak Bernam
2. Sungai Ayer Tawar
3. Sungai Besar
4. Sekinchan

Sempena cuti Hari Raya Aidiladha, saya mengunjungi kawasan tersebut dan membuat ujian isyarat siaran radio Perak FM 95.6MHz.

Di Sabak Bernam, Sungai Ayer Tawar, Sungai Besar dan Sekinchan, penerimaan isyarat RTM Perak FM 95.6MHz dari Gunung Kledang sangat jelas. Alat penerima radio saya TECSUN PL-380 menujukkan isyarat STEREO pada 95.6MHz.

Bagi kawasan tersebut, pendengar yang ingin mendengar radio Perak FM tidak perlu mendengar siaran ini dengan applikasi RTM Mobile dimana memerlukan Internet, cuma menala frekuensi kepada FM 95.6MHz di radio, tetapi ia bergantung kepada kualiti antenna radio.

Untuk makluman, siaran Perak FM 95.6MHz bermula lemah apabila berada di Tanjong Karang dan Kuala Selangor. Selain daripada kawasan Selangor barat laut, saya pernah merakam penerimaan isyarat Perak FM 95.6MHz di Seri Kembangan, Balakong, Puchong, Sungai Buloh, Rawang, Bukit Beruntung dan Bukit Tagar.

Di sini, saya telah merakam beberapa video isyarat siaran Perak FM 95.6MHz di Selangor, dimana saya mengunjungi Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan dan Sungai Ayer Tawar. Ada juga yang saya merakam pada tahun 2015 dan 2016. Anda boleh mendengar dan menonton video isyarat Perak FM 95.6MHz yang saya terima di Selangor melalui saluran YouTube saya, Philip Yong DXer Malaysia.


Bagi kawasan Sabak Bernam, Sungai Ayer Tawar, Sungai Besar, Sekinchan, dan Tanjong Karang yang saya kunjungi sempena Hari Raya Aidiladha, rakaman video isyarat Perak FM 95.6MHz tersebut diuji melalui tiga alat penerima radio:

1. Radio Perodua Axia SE (2017)
2. Samsung Galaxy V Plus
3. TECSUN PL-380

Pada pandangan saya, isyarat siaran Perak FM 95.6MHz dari Gunung Kledang yang boleh diterima di Selangor adalah sesuatu yang menarik kerana Perak FM 95.6MHz adalah stesen radio RTM yang paling kuat dari segi pemancaran, berbanding dengan radio RTM Ipoh yang lain. Selain daripada Perak FM 95.6MHz, terdapat juga stesen radio Gunung Kledang Ipoh yang mempunyai pemancaran yang sangat kuat, iaitu 988 FM 99.8MHz.

Secara keseluruhannya, di sini adalah kawasan Selangor yang boleh menerima siaran Perak FM pada 95.6MHz dari Gunung Kledang, Ipoh, Perak.

==Kawasan yang jelas==
* Sabak Bernam
* Sungai Ayer Tawar
* Sungai Besar
* Sekinchan

==Kawasan yang kurang jelas, tapi masih boleh menerimanya==
* Tanjong Karang
* Kuala Selangor

==Kawasan yang sangat lemah==
* Bukit Rotan
* Ijok
* Batang Berjuntai
* Rawang
* Sungai Buloh
* Bukit Beruntung
* Lembah Beringin
* Bukit Tagar

Dari segi jarak liputan pemancar Gunung Kledang di Selangor, siaran Perak FM 95.6MHz boleh didengari dari Sabak Bernam sehingga Tanjung Karang.

Dari 2015 hingga sekarang, saya telah mencapai hasrat saya untuk merakam isyarat radio Perak FM 95.6MHz di Selangor yang menarik. Pada masa sama, saya telah melengkapkan dan memperluaskan senarai video Perak FM 95.6MHz di Selangor dengan mengunjungi lebih kawasan sempena cuti umum.

No comments:

Post a Comment