Saturday, 15 August 2026

RTM Labuan FM boleh memansuhkan pemancar RTM Labuan dengan menggantikan kepada sistem STL (studio-transmitter-link) dan menambah kuasa pemancar Bukit Timbalai ke 0.25kW atau 0.5kW kerana Bukit Timbalai boleh meliputi seluruh Labuan.


 

 

RTM Labuan FM kini bersiaran dengan 2 frekuensi iaitu 89.4MHz dari Bukit Timbalai dan 103.7MHz dari RTM Labuan untuk meliputi seluruh Pulau Labuan, manakala kuasa pemancar kedua-dua frekuensi ialah 0.1kW.

 

Membaca sejarahnya, RTM Labuan FM dilancarkan pada tahun 1986 sebagai Radio 3 Labuan, ia bersiaran pada frekuensi 102.9MHz dari pemancar RTM Labuan sehingga tahun 1994. Pada tahun 1994, RTM Labuan FM menukar frekuensi dari 102.9MHz ke 103.7MHz. Pada tahun 2000, RTM Labuan FM menambah frekuensi 89.4MHz apabila tempat pemancar Bukit Timbalai diwujudkan.

 

Pada pandangan saya, pemancaran Labuan FM dengan 2 frekuensi ialah penduaan (duplication) kerana kedua-dua frekuensi boleh didengari dengan jelas di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan, tetapi kedua-dua frekuensi mempunyai peranan masing-masing.

 

Frekuensi FM 103.7MHz dari RTM Labuan memainkan peranan sebagai transponder dengan menghantar isyarat konti ke pemancar Bukit Timbalai, manakala 89.4MHz di Bukit Timbalai menerima isyarat konti dari RTM Labuan dan memancar ke seluruh Labuan.

 

Untuk menggabungkan 2 frekuensi Labuan FM kepada 1 frekuensi, frekuensi 103.7MHz dari RTM Labuan boleh dimansuhkan dan diganti dengan sistem STL (studio-transmitter-link) bagi menyambung isyarat konti dari RTM Labuan ke Bukit Timbalai dengan isyarat gelombang mikro, manakala frekuensi Bukit Timbalai boleh ditukar dari 89.4MHz ke 103.7MHz dan kuasa pemancar boleh ditambah ke 0.25kW atau 0.5kW supaya Labuan FM boleh meliputi seluruh Labuan dengan 1 frekuensi dengan jelas.

 

==Cadangan frekuensi Labuan FM==

* Bukit Timbalai: Frekuensi ditukar dari 89.4MHz ke 103.7MHz dan kuasa pemancar ditambah dari 0.1kW ke 0.25kW

* RTM Labuan: Frekuensi dimansuhkan dan digantikan oleh sistem STL (studio-link-transmitter) untuk menghantar isyarat konti ke Bukit Timbalai dengan gelombang mikro

 

Cadangan penggabungan frekuensi Labuan FM mempunyai hadnya kerana ia melibatkan penggantian alat pemancar dengan kos mahal akibat penukaran frekuensi dan pengubahan kuasa pemancar. Untuk makluman, RTM menggunakan sistem pemancar 6+1 di Bukit Timbalai dimana 6 buah stesen radio berkongsi dengan 1 antenna pemancar, tetapi cadangan ini mempunyai kebaikkannya kerana RTM Labuan FM boleh menjimatkan kos pemancaran di Wilayah Persekutuan Labuan dengan bersiaran dengan 1 frekuensi untuk jangka masa panjang.

 

Cadangan ini juga diudarakan kepada pihak RTM Labuan pada masa yang sama. 

 

 

No comments:

Post a Comment