RTM Labuan FM bersiaran selama 13 jam setiap hari dari jam 6 pagi sehingga 7 petang, ia menyambung siar Sabah FM dari 7 petang sehingga 6 pagi.
Di Wilayah Persekutuan Labuan, RTM Nasional FM boleh didengari pada frekuensi 88.5MHz yang dipancar dari Bukit Timbalai, ia pun boleh diterima di Labuan pada frekuensi FM 98.1MHz dari Bukit Mas dan FM 96.5MHz dari Bukit Tampalagus.
Oleh kerana Nasional FM boleh didengari di Labuan pada frekuensi 88.5MHz dari Bukit Timbalai, ia menjadi pertindihan kepada Labuan FM.
Pada pandangan saya, RTM Labuan FM boleh menyambung siar Sabah FM dari 7 petang sehingga 6 pagi, tetapi Sabah FM pun boleh didengari di Wilayah Persekutuan Labuan pada frekuensi FM 97.9MHz yang dipancar dari Bukit Tampalagus, sedangkan Sabah FM tidak mempunyai pemancar Bukit Timbalai seperti Sabah VFM 93.3MHz.
RTM Labuan FM pun boleh menambah waktu siaran lagi kepada 18 jam sehari, dari 6 pagi sehingga 12 tengah malam seperti stesen radio negeri RTM seperti Perak FM, Pahang FM dll sekiranya stesen radio tersebut mempunyai cukup petugas DJ.
Sekiranya waktu siaran Labuan FM ditambah kepada 18 jam sehari, pendengar Labuan FM boleh mendengar siaran tempatan di Labuan dari 6 pagi sehingga 12 malam, manakala Nasional FM sudah boleh didengari 24 jam sehari di Labuan pada frekuensi FM 88.5MHz sejak dari awal.
Cadangan menyambung siar Sabah FM di stesen Labuan FM dari 7 petang sehingga 6 pagi tidak diperlukan sebenarnya kerana Sabah FM sudah boleh didengari di Labuan dengan isyarat jelas pada frekuensi FM 97.9MHz dari Bukit Tampalagus.

No comments:
Post a Comment