Tuesday, 5 May 2026

Menumbok ialah kawasan di Sabah yang boleh menerima siaran radio RTM Labuan FM 89.4MHz dari Bukit Timbalai.

 

 

Walaupun RTM Labuan FM ialah stesen radio tempatan untuk Wilayah Persekutuan Labuan, tetapi stesen radio ini masih boleh diterima di sebahagian kecil Wilayah Sabah.


Di Wilayah Sabah, RTM Labuan FM hanya boleh diterima di Menumbok pada frekuensi FM 89.4MHz yang dipancar dari Bukit Timbalai.

 

Pada 19hb April 2026, saya bercuti di Kota Kinabalu dan mengunjungi 10 kawasan di Wilayah Sabah, termasuk Menumbok.

 

Apabila saya berada di Menumbok, Sabah, fokus utama saya ialah menerima siaran radio dari Limbang, Brunei dan Kota Kinabalu, saya tidak lupa untuk menguji isyarat siaran RTM Labuan FM di Menumbok.

 

RTM Labuan FM bersiaran pada 2 frekuensi di Wilayah Persekutuan Labuan, iaitu FM 89.4MHz Bukit Timbalai dan FM 103.7MHz RTM Labuan.

 

Frekuensi FM 103.7MHz dari RTM Labuan menghantar isyarat konti ke pemancar FM 89.4MHz di Bukit Timbalai.

 

 

 

Di Menumbok, Labuan FM 89.4MHz dari Bukit Timbalai lebih jelas dan kuat daripada FM 103.7MHz dari RTM Labuan.

 

Jarak dari Bukit Timbalai ke Menumbok ialah 21km, manakala RTM Labuan ke Menumbok ialah 12km.

 

Tiada isyarat boleh diterima di luar kawasan Menumbok seperti Sipitang, Beaufort, dan Kuala Penyu. Oleh itu, Menumbok ialah kawasan Sabah yang boleh menerima siaran RTM Labuan FM 89.4MHz dengan isyarat sederhana.

No comments:

Post a Comment