Pada 18hb Mei 2026, saya melawat ke kawasan Yong Peng, Labis dan Segamat untuk membuat penyiasatan dan analisis frekuensi FM 102.0MHz sama ada boleh digunakan di Gunung Telapak Buruk atau tidak dengan membuat perbandingan isyarat RTM Johor FM antara 101.9MHz dan 105.3MHz.
Walaupun RTM Johor FM mengatakan 105.3MHz dari Gunung Ledang meliputi Batu Pahat, tetapi secara teknikal 101.9MHz yang dipancar dari Gunung Pulai juga meliputi Daerah Batu Pahat yang tidak dapat menerima isyarat pada 105.3MHz dari Gunung Ledang dengan jelas di beberapa kawasan.
Di Lebuhraya PLUS dari Pagoh ke Johor Bahru, isyarat RTM Johor FM 105.3MHz menjadi kurang jelas di Yong Peng sebelum susur keluar Plaza Tol Yong Peng Utara akibat isyarat Gunung Ledang terhalang oleh Gunung Maokil di kawasan tersebut, 101.9MHz Gunung Pulai lebih jelas di situ.
Kemudian, dari Yong Peng ke Segamat, isyarat 105.3MHz kurang jelas dan mempunyai sedikit gangguan daripada Suria FM (Gunung Ulu Kali) di kawasan Lam Lee, Yong Peng, manakala 101.9MHz lebih jelas.
Dengan hasil penyiasatan ini, RTM Johor FM 101.9MHz dari pemancar Gunung Pulai masih perlu meliputi Daerah Batu Pahat seperti Yong Peng, Rengit, Senggarang, Sri Gading, Ayer Hitam, Parit Raja dan sebahagian Bandar Batu Pahat dimana isyarat pemancar Gunung Ledang 105.3MHz tidak jelas di kawasan-kawasan ini. Oleh itu, frekuensi FM 102.0MHz tidak boleh digunakan untuk pemancaran radio di Gunung Telapak Buruk yang meliputi Negeri Sembilan.
Terdapat orang mencadangkan RTM Johor FM untuk menambah kuasa pemancar 105.3MHz di Gunung Ledang kepada 2kW supaya seluruh Daerah Batu Pahat boleh menerima siaran radio ini dengan jelas, tetapi saya membantah cadangan tersebut kerana penambahan kuasa pemancar Gunung Ledang untuk Johor FM 105.3MHz kepada 2kW akan menyebabkan gangguan frekuensi terhadap liputan Kool FM 105.3MHz (Taman Sentosa) di Johor Bahru.
Di Tongkang Pechah, 101.9MHz lebih kuat daripada 105.3MHz.
Semasa perjalanan saya dari Yong Peng ke Segamat, RTM Johor FM 101.9MHz (Gunung Pulai) mula mempunyai gangguan frekuensi daripada MY FM 101.8MHz (Gunung Ulu Kali) di Labis, gangguan frekuensi bertambah teruk apabila saya berada di Tenang, Segamat, Buloh Kasop dan Batu Anam.
Pada pandangan saya, gangguan frekuensi antara Johor FM 101.9MHz dan MY FM 101.8MHz di Johor Utara (Daerah Segamat) adalah perkara yang biasa kerana Johor FM sudah boleh didengari pada frekuensi FM 105.3MHz yang dipancar dari Gunung Ledang. Justeru, gangguan antara dua stesen tersebut berlaku di luar kawasan liputan kedua-dua pemancar.
Sedangkan RTM Johor FM 101.9MHz sudah mempunyai gangguan frekuensi daripada MY FM 101.8MHz di Labis, Tenang, Segamat dan Batu Anam, frekuensi FM 102.0MHz tidak sepatutnya digunakan lagi di Gunung Telapak Buruk untuk mengelakkan gangguan yang lebih teruk terhadap RTM Johor FM 101.9MHz.
FM 102.0MHz Gunung Telapak Buruk tidak sepatutnya "menyertai perang gangguan frekuensi" antara Johor FM 101.9MHz dan MY FM 101.8MHz.
Sekiranya frekuensi FM 102.0MHz digunakan di Gunung Telapak Buruk, RTM Johor FM 101.9MHz akan "disekat" sepenuhnya di Segamat, Labis, Chaah dan Bekok. Selain itu, penerimaan siaran radio Johor FM 101.9MHz akan menjadi tidak stabil di Johor Tengah seperti Batu Pahat, Yong Peng, Ayer Hitam, Kluang, Paloh, Parit Sulong, Seri Medan dan Parit Raja. Gangguan troposfera diambil kira dalam penyiasatan ini.
Di beberapa kawasan Batu Pahat, Sinar FM 87.8MHz (Gunung Pulai) pun diganggu oleh RTM Radio Klasik FM 87.9MHz (Gunung Telapak Buruk) apabila isyarat Radio Klasik FM 87.9MHz menjadi kuat di Kampung Minyak Beku.
FM 102.0MHz, malah FM 102.1MHz masih tidak boleh digunakan di Gunung Telapak Buruk untuk penyiaran radio.
==Kawasan liputan RTM Johor FM di Johor Tengah==
* 101.9MHz Gunung Pulai (2kW): Kluang, Senggarang, Rengit, Ayer Hitam, Parit Raja, Seri Medan, Sri Gading, Simpang Renggam, Renggam, Machap, Yong Peng (Lebuhraya PLUS dan R&R) dan sebahagian kawasan Batu Pahat
* 105.3MHz Gunung Ledang (1kW): Paloh, Semerah, Parit Sulong, Batu Pahat, Yong Peng

No comments:
Post a Comment