Saturday 24 February 2024

Kool 101 diterima di Kelantan pada frekuensi Pulau Pinang FM 90.2MHz dari Bukit Penara? Biar betul!

Sudahlah 2 tahun 3 bulan stesen radio Kool 101 (dahulunya dikenali sebagai Buletin FM) menamatkan siarannya di Kota Bharu dan Kuala Terengganu, manakala frekuensinya diambil alih oleh Molek FM. Frekuensi Kool 101 FM 88.6MHz di Kota Bharu kini ialah Hot FM, manakala FM 105.1MHz ditukar kepada Molek FM.

Setelah penutupan siaran Kool 101 (Buletin FM) di Kota Bharu dan Kuala Terengganu, pendengar Kool 101 hanya boleh mendengar siaran ini dengan melalui platform applikasi Audio+, strim Kool 101 di YouTube atau MYTV CH716.


Terdapat beberapa video isyarat radio dari Gunung Jerai diterima di Kelantan saya pernah tonton di YouTube, ini menyebabkan saya berminat untuk tahu sama ada siaran Kool 101 boleh didengari di Kelantan pada frekuensi FM 90.2MHz dari Bukit Penara atau tidak.


Kawan saya menghantar video penerimaan siaran Kool 101 di Kelantan pada frekuensi FM 90.2MHz hari  ini, saya berasa terkejut kerana sebelum ini saya meramalkan bahawa isyarat Bukit Penara tidak dapat diterima di Kelantan.


Berdasarkan pada video berikut atas, siaran Kool 101 FM 90.2MHz dari Bukit Penara diterima di Ketereh, Kelantan yang berhampiri dengan Kota Bharu, isyaratnya sangat lemah, tetapi pemancaran troposfera. Dengan membuat perbandingan kandungan antara FM 90.2MHz dan strim Kool 101 di applikasi Audio+ , kedua-duanya mempunyai kandungan sama.

 

Pada pandangan saya, selain dari kawasan Kota Bharu (Ketereh, Kubang Kerian, Kota Lama, Kalok dll), siaran Kool 101 FM 90.2MHz tidak mungkin boleh didengari di kawasan lain negeri Kelantan seperti Pasir Mas, Rantau Panjang, Jeli, Ayer Lanas, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Bachok dan Tanah Merah. Kemungkinan frekuensi FM 90.2MHz ialah siaran R-Radio Network FM 90.25MHz dari Sungai Golok, Thailand jika mendengar di Pasir Mas, Rantau Panjang dan Ayer Lanas. 


==Penerimaan siaran Kool 101 di Kelantan==

- Frekuensi: FM 90.2MHz

- Kuasa pemancar: 1kW

- Tempat pemancar: Bukit Penara, Penang

- Tempat penerima: Ketereh, Kelantan

- Jarak: 229km

3 comments:

  1. Frekuensi Kool 101 di Kelantan bukankah sudah ditutup dan diganti oleh Hot FM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Philip DXing Log8 March 2024 at 21:03

      sudah ditutup sebenarnya, tetapi ada kawasan boleh dapat dari Pulau Pinang pada 90.2

      Delete
    2. Kalau mahu dengar Kool 101 di Kelantan kena dengar di apps audio+ dan saluran mytv 716.

      Delete