Tahukah anda? Siaran radio Kool 101 masih boleh didengari di Perak Selatan seperti Slim River, Behrang dan Tanjung Malim dengan isyarat lemah pada frekuensi FM 101.3MHz yang dipancar dari Bukit Sungai Besi.
FM 101.3MHz dahulunya ialah siaran UFM 101.3 (Ultra FM) sejak tahun 2013, dan Ultra FM dibeli boleh Media Prima serta dijenamakan sebagai Kool FM. Pada Ogos 2021, Kool FM ditukar namanya kepada Buletin FM sehingga Jun 2023 sebelum dijenamakan sebagai Kool 101 pada Julai 2023.
Tidak sama dengan stesen radio lain, siaran Kool 101 FM 101.3MHz tidak jelas di Tanjung Malim dan Slim River kerana tempat pemancarnya terletak di Bukit Sungai Besi. Jika Kool 101 FM 101.3MHz dipancar dari Gunung Ulu Kali seperti stesen radio lain, saya percaya bahawa pendengar di kawasan Perak Selatan boleh mengikuti siaran ini dengan lebih jelas. Bukan sahaja di Tanjung Malim dan Slim River, Kool 101 FM 101.3MHz boleh diterima di kawasan negeri Perak yang lebih jauh seperti Tapah, Bidor, Sungkai, Terolak, Teluk Intan, Bagan Datuk, Lekir, Sitiawan, Langkap, Chenderiang, Temoh dan Tanjung Tualang.
Semasa perjalanan dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur, saya merakam video isyarat Kool 101 FM 101.3MHz di Slim River dan Tanjung Malim.
Video disertakan di bawah berikut.
1. Slim River (90km)
2. Tanjung Malim (73km)
Pendengar boleh cuba mendengar siaran Kool 101 pada FM 101.3MHz di Slim River dan Tanjung Malim. Sekiranya siaran ini tidak dapat diterima, anda dinasihati untuk memuat turun applikasi Audio+ atau mendengar secara online atau MYTV CH716.
Harap Media Prima Audio dapat memindahkan tempat pemancar Kool 101 FM 101.3MHz dari Bukit Sungai Besi ke Gunung Ulu Kali supaya lebih banyak kawasan boleh menerima siaran ini.
No comments:
Post a Comment