Pada 27hb Januari 2024, sebelum saya bersinggah ke jamuan makan malam yang dianjurkan oleh syarikat tempat kerja saya, saya bersinggah ke Batu Arang di negeri Selangor untuk membuat rakaman isyarat radio jauh.
Selepas kerja yang ditamatkan waktu pada 4 petang, saya mempunyai 2 jam 30 minit untuk jamuan makan malam di Subang Jaya, saya bermandi di tempat kerja saya pada pukul 3.30 petang, dan terus bersinggah ke Batu Arang pada 4.05 petang.
Pada asalnya, konvoi radio DXing di Batu Arang dirancang pada bulan Mei 2024, tetapi kebetulannya sebelum jamuan makan malam bermula pada 6.30 petang, saya mempunyai 2 jam 30 minit, oleh itu saya membuat keputusan untuk merakam video isyarat radio jauh di Batu Arang, bertolak dari Puchong dengan melalui Lebuhraya LDP, ELITE, GUTHRIE dan LATAR.
Batu Arang ialah bandar kecil Rawang yang terletak di Daerah Gombak dan di bawah jajahan Majlis Perbandaran Selayang. Di Batu Arang, saya menyasarkan untuk menerima isyarat Raaga FM 102.1MHz dari Bukit Larut, tetapi Raaga FM 102.1MHz dari Bukit Larut tidak dapat diterima di kawasan tersebut, namun saya cuma mendengar isyarat frekuensi Pahang FM 102.2MHz yang dipancar dari Bukit Fraser.
Setelah saya gagal menerima isyarat Raaga FM 102.1MHz dari Bukit Larut, tetapi saya menerima siaran Perak FM 95.6MHz dari Gunung Kledang di Batu Arang. Selain daripada Perak FM, siaran Negeri FM masih boleh diikuti dengan jelas di Batu Arang pada frekuensi 92.6MHz yang dipancar dari Gunung Telapak Buruk.
Berbanding dengan Rawang, Bukit Beruntung dan Serendah, penerimaan siaran Negeri FM 92.6MHz di Batu Arang lebih jelas.
Isyarat siaran Perak FM 95.6MHz dari Gunung Kledang sangat lemah diterima di Batu Arang dan gangguan dari Fly FM 95.8MHz Gunung Ulu Kali boleh dikesan.
Saya meluangkan masa 35 minit di Batu Arang untuk radio DXing. Selepas itu, saya bersinggah ke jamuan makan malam di Subang Jaya.
Di Batu Arang, saya merakam isyarat 3 buah stesen radio, iaitu:
1. Perak FM 95.6MHz Gunung Kledang (151km)
2. Ai FM 92.1MHz Gunung Kledang (151km)
3. Negeri FM 92.6MHz Gunung Telapak Buruk (85km)
No comments:
Post a Comment