Sunday, 30 October 2022

RTM Terengganu FM frekuensi Felda Cerul 90.0MHz ditutup secara rasmi. Kawasan Felda Cerul, Jabor, Felda Neram & Perasing boleh menerima pada frekuensi FM 90.7MHz dari Bukit Kemuning.

 

RTM Terengganu FM telah menamatkan pemancaran frekuensi FM 90.0MHz di Felda Cerul. Kini, Terengganu FM mempunyai lima frekuensi untuk meliputi negeri Terengganu seperti:

 

1. FM 88.7MHz Bukit Besar: Terengganu Tengah (Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu & Kuala Nerus)

2. FM 96.2MHz Bukit Bintang: Terengganu Utara (Besut & Setiu) dan Kelantan (Pasir Puteh, Bachok dan sebahagian Kota Bharu)

3. FM 97.7MHz Bukit Bauk: Dungun

4. FM 90.7MHz Bukit Kemuning: Kemaman dan Sebahagian Pahang Timur (Kuantan Utara)

5. FM 88.9MHz Felda Tenang: Hulu Besut

 

Hal ini kerana kawasan Felda Cerul, Neram, Perasing, Felda Cheneh dan Jabor yang berada di daerah Kemaman boleh menerima siaran Terengganu pada frekuensi FM 90.7MHz dari Bukit Kemuning.

 

Semasa saya memandu dari Bandar Kuantan ke Kemaman, penerimaan siaran Terengganu FM 90.7MHz dari Bukit Kemuning masih jelas lagi di kawasan Beserah dan Semambu yang berhampiri dengan sempadan Terengganu (Jabor).

 

Di samping itu, apabila saya berada di kawasan luar bandar Kuantan, iaitu Bukit Goh, tiada isyarat dikesan semasa saya menala frekuensi radio FM 90.0MHz untuk menerima siaran Terengganu FM dari Felda Cerul. Dari Jaya Gading ke Bukit Goh, lepas tu Bukit Goh ke Bandar Indera Mahkota, FM 90.0MHz adalah isyarat kosong. Ini bermaksud pemancar Terengganu FM 90.0MHz di Felda Cerul telah ditutup siarannya.

 

Dengan melihat sejarah frekuensi Terengganu FM, frekuensi FM 90.0MHz Felda Cerul dilancarkan lebih awal daripada FM 90.7MHz Bukit Kemuning. Jika saya masih beringat lagi, Terengganu FM 90.0MHz Felda Cerul dilancar pada tahun 2010, manakala Bukit Kemuning FM 90.7MHz dilancar pada tahun 2015. Sebelum RTM Terengganu FM melancarkan frekuensi FM 90.7MHz Bukit Kemuning untuk Kemaman, saya pernah mencadangkan untuk menambah pemancar di Bukit Pelindung bagi meliputi Kemaman (Chukai), tetapi saya diberitahui bahawa Bukit Kemuning lebih strategik.

 

Pada 30 Ogos 2022, saya berada di Bandar Chukai, Terengganu. Siaran RTM Terengganu FM 90.7MHz paling jelas, manakala saya membuat perbandingan siaran RTM lain yang dipancar dari Bukit Pelindung dan Bukit Bauk.

 

Di Chukai, penerimaan Nasional FM 107.1MHz (Bukit Pelindung) dan 96.9MHz (Bukit Bauk), juga RTM Pahang FM 104.1MHz dari Bukit Pelindung kurang jelas sebenarnya. Yang isyarat jelas diterima di kawasan luar bangunan yang tidak terhalang oleh bumbung.

No comments:

Post a Comment