Sunday 2 October 2022

Molek FM kini telah mendarat di Kuantan pada frekuensi FM 100.4MHz, di sini terdapat kawasan yang boleh menerima siaran Molek FM 100.4MHz.


Pada 2hb Oktober 2022, Molek FM kini melancarkan frekuensi Kuantan pada FM 100.4MHz yang dipancarkan dari Bukit Pelindung. Sebelum ini, FM 100.4MHz digunakan oleh stesen radio Bahasa Cina, 8FM (dahulunya dikenali sebagai One FM).

Kuasa pemancar Molek FM 100.4MHz cuma 0.25 kilowatt sahaja.

 

Kepada pendengar Molek FM di Pahang dan Terengganu Selatan, di sini terdapat senarai lengkap yang boleh menerima siaran Molek FM 100.4MHz dari Bukit Pelindung:

 

1. Kuantan

2. Beserah

3. Balok

4. Cherating

5. Bukit Goh

6. Gambang

7. Pekan (tidak termasuk Chini, Paloh Hinai dan Nenasi)

8. Jabor

9. Perasing

10. Felda Ceneh

11. Kemaman

12. Chukai

13. Kijal 

 

Di Terengganu, kawasan Kemaman yang tidak boleh menerima siaran Molek FM 93.6MHz dari Kuala Terengganu kini boleh menerima siaran Molek FM pada 100.4MHz dari Kuantan.


No comments:

Post a Comment