Monday, 1 August 2022

Best FM boleh didengari di Gua Musang, Kelantan pada frekuensi FM 104.1MHz yang dipancar dari Gunung Ulu Kali?

 

Stesen radio swasta yang berasal dari Johor, iaitu Best FM memperluaskan siarannya ke Lembah Klang pada frekuensi FM 104.1MHz dari Gunung Ulu Kali sejak tahun 1996 untuk bersaing dengan THR FM (Time Highway Radio) semasa zaman Best FM yang bersiaran dalam bahasa Inggeris. Ia menyebabkan Best FM boleh diikuti di Perak Selatan, dan Pahang Barat.

 

Best FM 104.1MHz dari Gunung Ulu Kali bukan sahaja boleh didengari di Kuala Lumpur dan Selangor, ia boleh diterima di Pahang Barat dan Perak Selatan, tetapi Best FM boleh didengari di sedikit bahagian Kelantan (Gua Musang) pada frekuensi yang sama.

 

Sebenarnya Best FM 104.1MHz susah dapat diterima di sekitar Bandar Gua Musang, Kelantan, isyarat Best FM 104.1MHz cuma boleh dipancar sehingga Merapoh, Pahang.

 

Pada 14hb November 2021, apabila saya berada di Gua Musang, tiada isyarat Best FM dikesan pada 104.1MHz di sekitar bandar, namun saya boleh menerima siaran Best FM 104.1MHz di Rantau Manis (20km dari Bandar Gua Musang).

 

Rantau Manis terletak di antara Bandar Gua Musang and Felda Paloh. Isyarat Best FM 104.1MHz dari Gunung Ulu Kali memang lemah di Rantau Manis.

 

Rakaman video diambil di sekitar Taman Agropolitan, Rantau Manis, 18300 Gua Musang, Kelantan. 

- Frekuensi: FM 104.1MHz

- Kuasa: 2kW

- Tempat pemancar: Gunung Ulu Kali, Pahang

- Tempat penerima: Rantau Manis, Gua Musang, Kelantan

- Jarak: 173km

 

Terdapat juga Nasional FM menggunakan frekuensi 104.1MHz di Dabong (jarak 70km dari Bandar Gua Musang). Walaupun frekuensi Best FM menggunakan frekuensi 104.1MHz yang sama dengan Nasional FM, tetapi tiada gangguan frekuensi sama antara Best FM dan Nasional FM dikesan di Gua Musang (termasuk Rantau Manis), kerana Nasional FM 104.1MHz menggunakan kuasa pemancar rendah sebagai pemancar jurang (gap filler) yang hanya meliputi Dabong dan Kuala Balah sahaja.

 

Mengenai penerimaan isyarat Best FM 104.1MHz yang saya rakam di Rantau Manis, Kelantan, saya menggunakan penerima radio TECSUN PL-380 dengan antena yang telah diubahsuai (kerana antena asal telah patah).

No comments:

Post a Comment