Pada 17hb November 2020, terdapat seorang pengguna YouTube bernama Noprio Sandi memuat naik rakaman video dimana dia menerima siaran radio dari Malaysia di Rokan Hilir, Wilayah Riau, Indonesia.
Dalam video tersebut, siaran RTM Selangor FM 100.9MHz yang dipancar dari Gunung Ulu Kali sangat jelas diterima di Rokan Hilir, Wilayah Riau, Indonesia, manakala RTM Negeri FM 92.6MHz dari Gunung Telapak Burok masih boleh diterima di tempat yang sama, cuma kurang jelas isyaratnya.
Selangor FM 100.9MHz dari Gunung Ulu Kali boleh diterima jelas di sebahagian kawasan timur wilayah Riau dan Sumut (Sumatera Timur), Indonesia kerana pemancarannya menghala ke arah barat dari Gunung Ulu Kali. Selain itu, stesen radio seperti BFM 89.9, Hitz FM 92.9MHz, Raaga FM 99.3MHz jelas juga di Rokan Hilir kerana stesen radio ini memancar dengan antenna OMNI-directional.
Selangor FM 100.9MHz dipancar dari Gunung Ulu Kali dengan kuasa pemancar 2kW. Selain itu, RTM Pahang FM 107.5MHz juga dipancar dari Gunung Ulu Kali dengan kuasa pemancar yang sama dengan Selangor FM 100.9MHz.
Oleh kerana, Selangor FM 100.9MHz dan Pahang FM 107.5MHz di Gunung Ulu Kali mempunyai liputan berbeza kerana arah pemancaran tidak sama atas sebab jenis antena yang berbeza. Saya berasa musykil (hairan) sama ada Pahang FM 107.5MHz boleh diterima di Rokan Hilir, Dumai, Pulau Rupat dan kawasan timur wilayah Sumut (Sumatera Utara) atau tidak.
Jika melihat lagi video Noprio Sandi, isyarat frekuensi Pahang FM 107.5MHz tidak dikesan pada radio kereta dia (Model: Toyota Cayla B400) di Rokan Hilir, Wilayah Riau, Indonesia, ia mungkin bermakna siaran Pahang FM 107.5MHz tidak diterima di Indonesia seperti Selangor FM 100.9MHz.
Belum ada orang Indonesia di wilayah perbatasan Riau dan Sumatera Utara menerima isyarat Pahang FM 107.5MHz lagi buat masa ini, tetapi saya boleh membuat ramalan mengenai penerimaan siaran Pahang FM 107.5MHz di Indonesia.
Di kawasan Selangor seperti Tanjung Sepat, Sepang, Kuala Langat, Puchong, Dengkil, Sungai Pelek dan Seri Kembangan, siaran Pahang FM 107.5MHz lemah kurang jelas sebenarnya. Saya mencuba isyarat Pahang FM 107.5MHz di Sungai Pelek dan Tanjung Sepat dimana terletak di kawasan pesisir pantai Selangor yang bersebelahan dengan Indonesia (Sumatra), isyarat sangat lemah berbanding dengan kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya.
Oleh kerana siaran Pahang FM 107.5MHz lemah di kawasan pesisir pantai Selangor, saya berasa bahawa siaran Pahang FM 107.5MHz tidak akan diterima di Indonesia yang bersempadan dengan Semenanjung Malaysia. Walaupun kawasan Rokan Hilir, Pulau Rupat dan Dumai mungkin boleh menerima, tetapi siaran Pahang FM 107.5MHz tetap lemah dan pendengar cuma boleh menerima sedikit isyarat sahaja.
Di kawasan Kapubaten Rokan Hilir seperti Bagan Batu yang berhampiri dengan sempadan wilayah Sumatera Utara (Kabupaten Labuhan Batu Selatan), Pahang FM 107.5MHz mungkin diganggu oleh Citra Pendawa FM 107.7MHz dari Cikampak, Labuhan Batu Selatan, Sumatera Utara.
Oleh kerana Citra Pendawa FM 107.7MHz di Cikampak adalah stesen radio komuniti (Bahasa Indonesia: Radio Komunitas), gangguan pemancaran 107.7 kepada 107.5 mungkin kurang kerana kuasa pemancar Citra Pendawa FM rendah.
Atas sebab Pahang FM 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali hanya meliputi Pahang Barat sahaja, berkemungkinan besar Pahang FM 107.5MHz tidak dapat diterima di Indonesia seperti Selangor FM 100.9MHz.
No comments:
Post a Comment