Radio Pantai Timur yang baru, Molek FM bakal bersiaran pada masa yang terdekat.
Apabila saya mendengar tentang Molek FM, stesen radio ini menjadi tumpuan saya, terutama frekuensi di Pahang (Kuantan).
Setelah saya menulis artikel mengenai cadangan saya tentang frekuensi Molek FM di Dungun, Kuantan dan Pahang Barat, kini saya akan menulis tentang cadangan dan analisis frekuensi Molek FM untuk Gua Musang.
Di negeri Kelantan, Molek FM bersiaran pada frekuensi FM 105.1MHz (dahulu Hot FM) yang dipancar dari Peringat, ia meliputi Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh, Pasir Mas dan sebahagian Kuala Krai/Jeli dengan kuasa pemancar sebanyak 2kW.
Cuma kawasan Gua Musang tidak diliputi oleh pemancar Molek FM 105.1MHz.
Pesaing Molek FM, iaitu Manis FM dan Gegar juga tidak mempunyai frekuensi di Gua Musang.
Di Gua Musang, terdapat sebuah tempat pemancar yang sahaja meliputi bandar kecil tersebut, iaitu Bukit Chupak.
Bukit Chupak terletak di Bandar Gua Musang. Di tempat pemancar tersebut, ia cuma mempunyai pemancar radio RTM.
Terdapat kelebihan dan kekurangan jika Molek FM menambah pemancar di Bukit Chupak untuk meliputi Gua Musang.
Kelebihan
1. Pendengar Gua Musang mempunyai pilihan baru untuk mendengari radio.
2. Molek FM boleh bersaing dengan RTM Kelantan FM di Gua Musang.
Kekurangan
1. Liputan Bukit Chupak cuma 45000 pendengar radio. Ini menyebabkan Molek FM mempunyai pasaran kecil di Gua Musang.
2. Pemancar Bukit Chupak cuma meliputi Bandar Gua Musang, bukannya seluruh jajahannya termasuk Felda Paloh dan Felda Chiku. Penerimaan radio Bukit Chupak hilang isyarat apabila sampai ke kawasan Rantau Manis (20km dari Bandar Gua Musang).
Cadangan saya mengenai frekuensi Molek FM di Gua Musang
- Frekuensi: FM 107.0MHz
- Kuasa: 0.5kW
- Tempat pemancar: Bukit Chupak, Kelantan
Analisis frekuensi radio dengan stesen bersebelahan
106.7MHz: Ai FM Gunung Ulu Kali
107.0MHz: Molek FM Bukit Chupak
<300kHz, OK>
107.0MHz: Molek FM Bukit Chupak
107.2MHz: Kelantan FM Dabong
<200kHz, OK>
Saya membuat perbandingan mengenai liputan Bukit Chupak dengan 0.5kW, 1kW, dan 2kW. Hakikatnya, bilangan pendengar liputan Bukit Chupak antara 0.5kW, 1kW dan 2kW tidak membawa perbezaan besar.
Perbezaan bilangan pendengar cuma 5000 orang.
Oleh itu, kuasa pemancar 0.5kW dari Bukit Chupak sudah cukup meliputi Bandar Gua Musang bagi Molek FM. Jika saya mencadangkan kuasa 1kW dan 2kW, cadangan saya boleh menyebabkan pembaziran elektrik.
Molek FM boleh diterima di sedikit bahagian Bandar Gua Musang pada FM 105.1MHz dari Peringat, tetapi isyaratnya amat lemah. Di sini adalah rakaman video penerimaan Hot FM 105.1MHz di stesen lama KTM Gua Musang, Kelantan (sebelum 29hb November 2021).
Frekuensi Molek FM di Gua Musang cuma sekadar cadangan saya, tetapi ia juga terpulang kepada keputusan oleh pihak jurutera Media Prima Audio.
Daerah Jeli dan Gua Musang merupakan daerah paling terkebelakang bila berbicara mengenai akses liputan rangkaian radio swasta
ReplyDeleteKedua dua daerah ini yang menjadi pintu masuk utama ke Kelantan langsung tidak mencerminkan 100% kebolehcapaian kualiti akses siaran radio swasta ke seluruh kawasan di Kelantan.
Hanya daerah Pasir Puteh sahaja yang langsung tidak terjejas dengan isu kualiti siaran radio swasta
Banyak faktor yang pernah admin jelaskan tentang mengapa pihak radio swasta kurang berminat untuk mengadakan siaran dan frekuensi tertentu untuk daerah Jeli dan Gua Musang..
Mungkin kena tunggu 20tahun lagi,baharu la isu kualiti akses siaran radio swasta di daerah Jeli dan Gua Musang akan selesai..hehehe
Jumlah pendengar liputan pemancar di Jeli (Bkt Tangki Air) dan Gua Musang (Bkt Chupak) tak sampai 50ribu. Kedua-dua pemancar di daerah ini tidak menceriminkan nilai komersil.
DeleteBkt Chupak cuma 45 ribu pendengar, manakala Bkt Tangki Air pun tak sampai 30 ribu pendengar