Saturday 8 January 2022

Siaran Molek FM boleh juga didengari di Thailand pada FM 105.1MHz dari Kota Bharu, Kelantan.

 

Molek FM sudah dilancarkan secara rasmi pada 7hb Januari 2022. Sidang media pelancaran Molek FM berlangsung di Sri Pentas.

 

Molek FM bersiaran pada frekuensi FM 105.1MHz di Kota Bharu dan 93.6MHz di Kuala Terengganu.

 

Tahukah anda? Molek FM juga boleh didengari di sebahagian kawasan negara Thailand pada FM 105.1MHz dari Kota Bharu, Kelantan.

 

Oleh kerana Kota Bharu terletak berhampiri dengan sempadan negara Thailand, pemancaran Molek FM 105.1MHz dari menara TV3 Peringat boleh diterima di Thailand.

 

Molek FM boleh diterima pada 105.1MHz di kawasan Thailand bawah berikut:

 

1. Daerah Tak Bai ตากใบ (Taba)

2. Daerah Sungai Padi สุไหงปาดี

3. Daerah Sungai Golok สุไหงโก-ลก 

4. Daerah Waeng แว้ง (Rawaeng)

5. Sebahagian Narathiwat เมืองนราธิวาส (Menara)

 

Pendengar di kawasan selatan wilayah Narathiwat, Thailand boleh mendengar siaran Molek FM 105.1MHz.

 

Molek FM. Gu Pantai Timur.

No comments:

Post a Comment