Thursday, 15 October 2020

Jika RTM Pahang FM melancarkan pemancar di Gunung Ledang bagi meliputi kawasan Pahang Selatan seperti Keratong, Tembangau, Muadzam Shah and Bera Selatan (100.9MHz frekuensi cadangan).

 


 

Di Pahang Barat, Pahang FM diterima pada frekuensi 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali, ia meliputi Bentong, Temerloh, Chenor, Bera, manakala FM 102.2MHz Bukit Fraser meliputi Raub sahaja.


Di barat daya Pahang, Keratong mungkin menerima Pahang FM pada 107.5MHz Gunung Ulu Kali dan 88.0MHz Bukit Sembilan, tetapi penerimaannya mungkin kurang jelas akibat gangguan oleh stesen lain.


Walaupun Pahang FM 107.5MHz Gunung Ulu Kali mempunyai jarak 200kHz kiri kanan daripada Melody FM 107.3MHz dan Negeri FM 107.7MHz dari Gunung Ledang, jarak antaranya ok kerana kedua-dua tempat pemancar sangat jauh, tetapi 107.5MHz dijangka mempunyai gangguan dari Gunung Ledang jika menerima di Keratong, Tembangau, Felda Selancar dan Felda Bera Selatan.


Untuk FM 88.0MHz Bukit Sembilan pula, kemungkinan Pahang FM mempunyai gangguan dari One FM 88.1MHz Gunung Ledang di kawasan Keratong, terutama kawasan FELDA Selancar yang berhampiran dengan sempadan negeri Johor (Segamat). Sebenarnya, penggunaan frekuensi FM 88.0MHz oleh Pahang FM di Bukit Sembilan beroperasi lebih awal daripada One FM 88.1MHz Gunung Ledang.


Untuk meliputi sebahagian besar Pahang Selatan, tempat pemancar yang strategik ialah Gunung Ledang di negeri Johor. Sekiranya Pahang FM memasang pemancar di Gunung Ledang bagi meliputi kawasan Keratong, FELDA Selancar, FELDA Tembangau, Muadzam Shah dan FELDA Bera Selatan, kawasan liputannya lebih strategik daripada FM 88.0MHz Bukit Sembilan yang meliputi Muadzam Shah sahaja kerana Gunung Ledang boleh menjana lebih liputan atas sebab ketinggian tempat pemancarnya.


Dari segi frekuensi, FM 100.9MHz adalah paling sesuai buat masa ini. 


==Cadangan parameter Pahang FM untuk Pahang Selatan==

* Frekuensi: FM 100.9MHz

* Kuasa: 1kW

* Tempat pemancar: Gunung Ledang, Johor

* Kawasan liputan: FELDA Selancar, Muadzam Shah, Keratong, FELDA Bera Selatan, FELDA Tembangau


==RF analisa==


100.9MHz: Selangor Gunung Ulu Kali

100.9MHz: Pahang FM Gunung Ledang

<0kHz, OK>


100.9MHz: Pahang FM Gunung Ledang

101.1MHz: Minnal FM Gunung Pulai

<200kHz, OK>


100.9MHz: Pahang FM Gunung Ledang

101.1MHz: MY FM Bukit Pelindung

<200kHz, OK>


100.6MHz: MY FM Gunung Telapak Burok

100.9MHz: Pahang FM Gunung Ledang

<300kHz, OK>

 



Jika RTM menambah pemancar Pahang FM 100.9MHz di Gunung Ledang:


1. Pendengar di Tembangau, Bera Selatan, FELDA Selancar, dan Keratong boleh menerima siaran Pahang FM pada 100.9MHz dari Gunung Ledang dengan jelas. Penerimaan siaran tersebut dijangka lebih jelas daripada 107.5MHz Gunung Ulu Kali dan 88.0MHz Bukit Sembilan (bagi kawasan Keratong yang berhampiran dengan sempadan Johor).


2. RTM bakal mempunyai sepuluh pemancar radio di Gunung Ledang, Johor.


3. Memberi kelebihan kepada pendengar Pahang FM yang kerap berulang-alik dari Pahang ke sempadan Negeri Sembilan dan Johor. Contoh: Dari Keratong ke Segamat, atau Dari Keratong ke Jempol


4. Segamat, Gemas, Gemencheh, FELDA Palong, FELDA Serting Hilir, Bandar Seri Jempol, Batu Anam, Jementah, Labis, Chaah dan Rompin yang bukan terletak di negeri Pahang dan juga bukan liputan utama Pahang FM 100.9MHz Gunung Ledang boleh menerima siaran tersebut.


5. Buat masa ini, semua pemancar Pahang FM terletak di negeri Pahang, Pahang FM boleh "membuat" sejarah baru dengan merentas negeri ke Johor dan memasang pemancar di Gunung Ledang untuk meliputi Pahang Selatan.


Mengenai RF analisa, penggunaan frekuensi FM 100.9MHz oleh Pahang FM di Gunung Ledang tidak akan mempunyai gangguan dengan Selangor FM 100.9MHz dari Gunung Ulu Kali di Melaka dan Port Dickson kerana Pahang FM 100.9MHz hanya meliputi Pahang Selatan sahaja. Gangguan cuma berlaku di Teriang dan Bandar Bera, tetapi kawasan Teriang dan Bandar Bera boleh menerima 107.5MHz dengan jelas.


Sejak Pahang FM 100.9MHz Gunung Ledang hanya meliputi Pahang Selatan, ini tidak bermakna pendengar di Melaka, Johor (Muar, Batu Pahat, Tangkak, Kluang) dan Negeri Sembilan (Tampin, Rembau, Linggi) akan menerima siaran tersebut atas sebab arah pemancaran.


RTM masih boleh mengekalkan pemancar Pahang FM 88.0MHz Bukit Sembilan untuk Muadzam Shah sebagai pemancar jurang (gap filler transmitter) bagi meliputi kawasan titik buta di Muadzam Shah, walaupun Gunung Ledang FM 100.9MHz dilancarkan. 

 

Di samping itu, pemancar Pahang FM 100.9MHz Gunung Ledang boleh menyasarkan pendengarnya yang kerap merentas negeri dari Pahang ke sempadan Johor dan Negeri Sembilan. Contohnya:


1. Dari Tembangau (Pahang) ke Felda Serting (Negeri Sembilan)

2. Dari Keratong (Pahang) ke Felda Palong (Negeri Sembilan)

3. Dari Felda Selancar (Pahang) ke Segamat (Johor)

4. Dari Felda Selancar (Pahang) ke Labis (Johor)


Selain itu, bagi pendengar yang berada di Kemayan, Teriang dan Bandar Bera mengunjungi Keratong dan Muadzam Shah dengan melalui Jalan Felda Lui dan Felda Palong, pendengar Pahang FM boleh menala frekuensi ke 100.9MHz Gunung Ledang apabila mereka tidak dapat menerima 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali semasa dalam perjalanan dari Kemayan/Teriang/Bera ke Keratong.


Pendengar Pahang FM yang berada di Tembangau, Kota Shah Bandar, Keratong boleh menerima siaran Pahang FM dengan lebih jelas pada FM 100.9MHz dari Gunung Ledang apabila FM 107.5MHz Gunung Ulu Kali diganggu oleh Negeri FM 107.7MHz dari Gunung Ledang. 


Saya mungkin menyedari bahawa Pahang FM 88.0MHz dari Bukit Sembilan diganggu oleh One FM 88.1MHz dari Gunung Ledang di FELDA Selancar, Keratong, Pahang yang bersempadan dengan negeri Johor. Dengan pemancar Gunung Ledang FM 100.9MHz, pendengar di kawasan tersebut boleh tala ke frekuensi tersebut apabila 88.0MHz ditindih oleh One FM 88.1MHz.


Secara keseluruhannya, RTM bakal mempunyai empat buah stesen radio negeri di Gunung Ledang untuk liputan berbeza sekiranya RTM menambah pemancar Pahang FM di Gunung Ledang, seperti:


1. Johor FM 105.3MHz untuk Johor Utara sahaja

2. Melaka FM 102.3MHz untuk Melaka sahaja

3. Negeri FM 107.7MHz untuk Negeri Sembilan Timur seperti Simpang Pertang, Felda Palong, Felda Lui, Gemencheh & Gemas

4. Pahang FM 100.9MHz untuk Pahang Barat Daya dan Selatan seperti Keratong, Felda Tembangau, Muadzam Shah, Felda Bera Selatan dan Felda Selancar (cadangan)


RTM boleh mempertimbangkan cadangan ini jika perlu.

No comments:

Post a Comment