Sunday, 9 August 2020

Gegar frekuensi analisa dan kajian untuk Pahang Tenggara dan Selatan (Bukit Sembilan)

 

Setelah saya membuat ulasan mengenai cadangan perluasan liputan siaran THR Gegar ke Pahang Barat (FM 107.9MHz Bukit Fraser) dan Pahang Tengah (FM 100.8MHz Bukit Senggora), kini saya mempunyai pandangan saya jika Astro menambah pemancar Gegar di Bukit Sembilan untuk meliputi daerah Rompin (Muadzam Shah, Keratong dan Kuala Rompin).

 

Di Pahang Timur, THR Gegar mempunyai pemancar utama di Bukit Pelindung yang meliputi Kuantan, Pekan dan Gambang, manakala Muadzam Shah dan Kuala Rompin masih boleh menerima siaran tersebut, tetapi kurang jelas.

 

Setakat ini, tiada stesen radio swasta memperluaskan liputan siarannya untuk meliputi Muadzam Shah, kecuali RTM Pahang FM 88.0MHz. 

 

Muadzam Shah, Kuala Rompin dan Keratong boleh menerima Gegar dengan jelas jika pemancar Bukit Sembilan dilancarkan, tetapi nilai pasaran adalah faktor utama jika memperluaskan siaran Gegar ke kawasan tersebut.

 

==Cadangan frekuensi Gegar untuk Pahang Selatan==

* Frekuensi: FM 102.1MHz

* Kuasa: 0.5kW

* Tempat pemancar: Bukit Sembilan, Pahang

* Kawasan liputan: Muadzam Shah, Bukit Ibam, Keratong dan Kuala Rompin

 

==RF analisa==

 

101.8MHz: MY FM Gunung Ulu Kali

102.0MHz: Gegar FM Bukit Sembilan

<200kHz, OK>

 

102.0MHz: Gegar FM Bukit Sembilan

102.2MHz: Pahang FM Bukit Fraser

<200kHz, OK>

 

102.0MHz: Gegar FM Bukit Sembilan

102.3MHz: Melaka FM Gunung Ledang

<300kHz, OK>

 

 

Berdasarkan pada liputan THR Gegar di Bukit Sembilan FM 102.0MHz, liputan agak luas dan ia boleh meliputi Pekan dan sebahagian Kuantan. Selain daripada Pahang Selatan, Gegar boleh diterima di Negeri Sembilan Timur seperti Felda Palong dan sebahagian Jempol.


Pada pandangan saya, saya tidak berasa bahawa Astro akan memperluaskan siaran Gegar di Bkt Sembilan kerana nilai pasaran di Muadzam Shah, Kuala Rompin dan Keratong lebih rendah daripada Kuantan, Temerloh, dan Bentong, tetapi kawasan Muadzam Shah dan Kuala Rompin masih boleh menerima siaran Gegar pada FM 88.8MHz dari Bukit Pelindung. Lebih baik memperluaskan siaran ke Pahang Barat dan Tengah dengan menambah pemancar di Bukit Fraser dan Bukit Senggora.

No comments:

Post a Comment