Sunday, 21 March 2021

IKIM FM boleh diterima di Taiping, Perak pada 89.0MHz dari Gunung Jerai


Sudah puas mencari frekuensi IKIM FM di Taiping? 

IKIM FM, sebuah stesen radio Islamik di Malaysia boleh diterima di Taiping sejak Jun 2016 pada frekuensi FM 89.0MHz dari Gunung Jerai. Kepada pendengar IKIM FM yang berada di Taiping, Perak, sila mengalihkan frekuensi radio anda kepada FM 89.0MHz yang dipancar dari Gunung Jerai.

Tanpa pemancar di Bukit Larut, kini IKIM FM boleh diikuti di Taiping pada 89.0MHz.

Sebelum ini, IKIM FM 89.0MHz tidak dapat diterima di Taiping kerana tempat pemancarnya terletak di bawah Jerai (Lower Gunung Jerai), oleh itu pendengar terpaksa menerima IKIM FM yang lemah pada frekuensi FM 102.7MHz dari Gunung Kledang. Ia berlaku sama dengan di Pulau Pinang.

Setelah IKIM FM memindah pemancarnya ke Upper Jerai, penerimaan FM 89.0MHz lebih jelas daripada 102.7MHz di Taiping dan Pulau Pinang. 

Dua hari lalu, saya berada di Taiping, Perak untuk melawat tempat bersejarah di Perak. Pada masa yang sama, saya membuat pengujian isyarat radio di Taiping. Saya menyenaraikan IKIM FM dalam catatan saya sebagai sasaran stesen radio yang bakal diuji isyarat di Taiping.

Berdasarkan pada video yang saya memuat naik ke YouTube, penerimaan IKIM FM 89.0MHz masih jelas lagi di Bandar Taiping, cuma penerimaan di Matang dan Kuala Sepetang kurang jelas sedikit. Di samping itu, saya merakam penerimaan IKIM FM 89.0MHz Gunung Jerai dan FM 102.7MHz Gunung Kledang di Taiping untuk membuat perbandingan kuality isyarat antara dua frekuensi.

IKIM FM 102.7MHz dari Gunung Kledang tidak jelas di Taiping kerana Gunung Bubu yang terletak dekat Changkat Jering dan Beruas telah menghalang isyarat Gunung Kledang daripada memancar ke Taiping serta Perak Utara.

Kesimpulannya, IKIM FM 89.0MHz Gunung Jerai lebih jelas daripada FM 102.7MHz Gunung Kledang di Taiping.


No comments:

Post a Comment