Friday, 19 March 2021

IKIM FM boleh didengari di Pulau Langkawi, Kedah pada frekuensi 89.0MHz (Gunung Jerai) atau 102.7MHz (Bukit Genting).





Siaran IKIM FM di Pulau Langkawi diliputi oleh frekuensi FM 89.0MHz dari Gunung Jerai, dimana FM 89.0MHz meliputi juga Pulau Pinang, Perak Utara serta sebahagian negeri Perlis. Di Pulau Langkawi, bukan semua kawasan boleh menerima siaran radio dari Gunung Jerai kerana terlindung oleh gunung-ganang. Bagi sesetengah stesen radio, terdapat juga frekuensi Gunung Raya untuk meliputi Pulau Langkawi. Sebenarnya terdapat stesen radio yang mempunyai pemancar Gunung Raya untuk menyasarkan pelancong yang berada di Pulau Langkawi.

Pulau Langkawi ialah tempat pelancongan terkenal di Malaysia, stesen radio yang mempunyai frekuensi Gunung Raya adalah stesen RTM dan radio hiburan, antaranya ialah Langkawi FM 104.8MHz, Kedah FM 105.7MHz daripada RTM, Raaga FM 101.9MHz, Hitz FM 92.4MHz, MY FM 100.1MHz, Era FM 90.7MHz dan Sinar FM 100.9MHz daripada Astro Radio.

IKIM FM ialah stesen radio agama Islam yang dikendali oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM FM, kini di bawah naungan JAKIM sejak 2019). Pada pandangan saya, IKIM FM tidak akan melancarkan frekuensi di Gunung Raya untuk Langkawi kerana tiada nilai komersil. Tambahan pula, penduduk Langkawi lebih suka mendengar siaran hiburan yang terdiri daripada RTM serta Astro Radio. Di samping itu, frekuensi kosong Gunung Raya sangat terhad. Walaupun terdapat juga frekuensi yang mungkin sesuai, tetapi frekuensi tidak semesti digunakan dengan sesuai kerana pemancaran boleh membawa gangguan kepada stesen radio dari negara Thailand. Pelan spektrum FM Gunung Raya terlibat dengan Thailand seperti Satun, Trang, Yala, dan Songkhla dimana kawasan Thailand ini tidak terlalu jauh daripada liputan Gunung Raya.

Walaupun IKIM FM tidak mempunyai frekuensi Gunung Raya untuk Pulau Langkawi seperti Era FM 90.7MHz, Kedah FM 105.7MHz, Langkawi FM 105.7MHz dan Sinar FM 100.9MHz, tetapi siaran IKIM FM masih boleh didengari di Pulau Langkawi pada FM 89.0MHz dari Gunung Jerai atau FM 102.7MHz dari Bukit Genting.

Tanpa frekuensi Gunung Raya, IKIM FM di kawasan Langkawi perlu bergantung pada 89.0MHz atau 102.7MHz.

Di sesetengah kawasan Pulau Langkawi, IKIM FM 89.0MHz dari Gunung Jerai diganggu oleh siaran radio dari Thailand, iaitu Radio Parlimen Thailand FM 89.0MHz yang dipancar dari Khao Pokyo, daerah Bannang Sata, wilayah Yala, Thailand. Walaupun IKIM FM 89.0MHz telah dipindah ke Upper Gunung Jerai (sebelum ini CELCOM Jerai) pada Jun 2016 sudah meningkatkan mutu penerimaan IKIM FM 89.0MHz di wilayah utara Semenanjung Malaysia, serta meliputi Pulau Pinang dan Perak Utara dengan jelas, tetapi gangguan dengan siaran radio dari Thailand masih ada lagi, terutama di Pulau Langkawi, cuma gangguan tersebut dikurangkan sebanyak 80%.

Bagi kawasan Langkawi yang tidak menerima IKIM FM 89.0MHz dari Gunung Jerai, terdapat 1 frekuensi lagi boleh dicuba, iaitu FM 102.7MHz yang dipancar dari Bukit Genting, cuma penerimaan 102.7MHz lemah sikit.

IKIM FM Langkawi 102.7MHz


Untuk siaran IKIM FM di Pulau Langkawi, frekuensi kawasan di Pulau Langkawi berubah-ubah.

Pada 15 Julai 2018, saya telah melancong Pulau Langkawi, IKIM FM masih boleh diterima, hanya penerimaan siaran kurang jelas.

==Frekuensi IKIM FM di Langkawi==
* Kuah: 89.0MHz
* Cenang/Pulau Langkawi Barat: 102.7MHz
* Lapangan Antarabangsa Langkawi: 89.0MHz/102.7MHz
* Telaga Tujuh: 102.7MHz

 
Frekuensi IKIM FM 102.7MHz dipancar di Bukit Genting yang meliputi terutamanya Barat Daya Pulau Pinang (Balik Pulau), kekuatan pemancarnya ialah 0.5kW.

==RF analisa IKIM FM 102.7MHz==

102.7MHz: IKIM FM Bukit Genting
102.7MHz: IKIM FM Gunung Kledang
<0kHZ, OK>

102.4MHz: Raaga FM Gunung Jerai
102.7MHz: IKIM FM Bukit Genting 0.5kW
<300kHz, OK>

102.7MHz: IKIM FM Bukit Genting
102.7MHz: Nasional FM Bukit Dedap
<0kHz, OK>

102.7MHz: IKIM FM Bukit Genting
102.9MHz: Perlis FM Padang Pauh
<200kHz, OK>

Kekuatan pemancar IKIM FM 102.7MHz Bukit Genting sebanyak 0.5kW dikira cukup. Saya mungkin kurang setuju untuk meningkatkan kuasa pemancar IKIM FM 102.7MHz kepada 0.75kW atau 1kW kerana frekuensinya terlalu dekat dengan THR Raaga 102.4MHz Gunung Jerai yang meliputi Kedah, dan Pulau Pinang. Selain itu, penambahan kuasa IKIM FM 102.7MHz Bukit Genting kepada 0.75kW atau 1kW boleh menyebabkan gangguan kepada liputan IKIM FM 102.7MHz Gunung Kledang yang meliputi barat Perak seperti Pantai Remis dan Lumut, kecuali arah antenna dipancar ke utara sahaja.

Untuk pendengar IKIM FM di Pulau Langkawi, selain daripada FM 89.0MHz. Jika siaran 89.0MHz tidak dapat diterima atau "lompat" ke siaran Thailand, sila tala frekuensi kepada FM 102.7MHz. Selamat mencuba.



Frekuensi IKIM FM di Pulau Langkawi: 89.0MHz atau 102.7MHz

No comments:

Post a Comment