Sunday, 5 May 2019

THR Gegar frekuensi untuk Gua Musang analisa

Bagi negeri Kelantan, Gegar bersiaran pada FM 88.1MHz dari Bukit Panau, meliputi Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Ketereh.

Berdasarkan pada liputan Gegar FM 88.1MHz Bukit Panau, ia meliputi kawasan Kelantan sekurangnya 65%, manakala kawasan 35% tidak diliputi, iaitu daerah Gua Musang.

Untuk meliputi Gua Musang, Bukit Chupak ialah tempat pemancar untuk kawasan ini. Setakat ini, hanya radio RTM mempunyai pemancar di Bukit Chupak untuk Gua Musang, seperti Radio Klasik FM 89.7MHz, Nasional FM 91.1MHz, Kelantan FM 92.0MHz, Traxx FM 94.1MHz, Ai FM 94.9MHz dan Minnal FM 93.2MHz.

Jika Gegar memperluaskan siarannya ke Gua Musang, walaupun perluasan liputan siaran Gegar membolehkan pendengar di Gua Musang boleh menerima siaran Gegar dengan melalui radio, tetapi adakah ia berbaloi untuk Gegar mengadakan frekuensi Gua Musang?

Di sini analisanya, saya mencuba buat satu parameter asas THR Gegar frekuensi Gua Musang.

==Parameter Gegar FM frekuensi Gua Musang (untuk percubaan)==
* Frekuensi: FM 106.9MHz
* Kuasa: 1kW
* Tempat pemancar: Bukit Chupak, Kelantan

Oleh kerana spektrum frekuensi di Gua Musang tidak sesak, RF analisa tidak diperlukan dan parameter atas tersebut hanya untuk percubaan sahaja.

Berdasarkan pada peta liputan Bukit Chupak oleh Gegar FM, jumlah penduduk dalam liputan Bukit Chupak kurang daripada 48000 orang. Sebenarnya Gua Musang Bukit Chupak tidak mempunyai nilai komersil/untung kepada Gegar FM kerana jumlah liputan pemancar tersebut sangat kurang, berbanding dengan negeri Pahang seperti Bukit Fraser dan Bukit Senggora yang saya cadangkan.

Kesimpulannya, satu frekuensi Gegar di Gua Musang tidak diperlukan. Tambahan pula, tumpuan utama Gegar di negeri Kelantan ialah pasaran bahagian utara (Kota Bharu) yang mempunyai lebih banyak pendengar.

No comments:

Post a Comment