Thursday, 2 May 2019

ULASAN: Selepas Pahang Tengah FM 103.8MHz, adakah Manis FM akan "masuk" Pahang Barat kemudian?


Selebum Manis FM memperluaskan siarannya ke Pahang Tengah 103.8MHz, bagi negeri Pahang, Manis FM hanya boleh didengari di Pahang Timur (Kuantan dan Pekan) pada 95.1MHz Bukit Pelindung.

Sehingga Disember 2018, Manis FM boleh didengari di Pahang Tengah pada frekuensi 103.8MHz yang dipancar dari CELCOM Bukit Senggora (0.5kW pemancar). Ini membolehkan pendengar boleh menerima siaran Manis FM dengan jelas di Maran, Temerloh, Jengka, Bandar Bera dan Jerantut. Selain itu, Mentakab, Lanchang, Karak, Bentong dan Genting Sempah masih boleh menerima siaran Manis FM 103.8MHz, cuma penerimaan isyaratnya kurang jelas.

Sebenarnya perluasan liputan siaran Manis FM ke Pahang Tengah 103.8MHz telah "menggugat" kedudukan Gegar dengan hebat dimana Gegar ialah pesaing Manis FM dalam kategori stesen radio Bahasa Melayu Pantai Timur kerana Pahang Tengah dan Barat tidak dapat menerima siaran Gegar dengan melalui radio.

Selepas Manis FM bersiaran untuk Pahang Tengah pada 103.8MHz di Bukit Senggora, saya tidak pasti Manis FM akan memperluaskan liputan siarannya ke kawasan Pahang Barat atau tidak pada masa depan.

Pada minggu lepas, saya bersiar-siar di negeri Pahang, terutama Kemayan, Teriang, Bera, Chenor, Temerloh. Siaran Manis FM 103.8 masih jelas di Teriang, Bera, Chenor, Temerloh, dan Karak tanpa diganggu oleh Era FM 103.6MHz Gunung Telapak Burok. Pada masa sama, saya mencuba untuk menerima siaran radio RTM Bukit Fraser di Temerloh, Teriang, Chenor, Karak dan Bera, penerimaan siaran radio dari Bukit Fraser masih ok lagi, walaupun Gunung Ulu Kali paling jelas di kawasan tersebut. 

Saya merakam penerimaan siaran radio RTM Bukit Fraser sebagai bukti dan rujukan, artikel blog sebelum ini mengulas tentang liputan Pahang Barat untuk Gegar dengan membuat cadangan untuk memasang pemancar di Bukit Fraser pada 107.9MHz (dahulu 92.4MHz). Sehubungan itu, saya telah memberi cadangan saya kepada pihak Astro Radio secara rahsia untuk memperluaskan siaran Gegar di Bukit Fraser bagi mengadakan persaingan dengan Manis FM. Apa saya buat sudah lengkap, cuma cadangan saya tertakluk kepada keputusan pihak pengurusan Astro Radio.

Saya telah merujuk penerimaan siaran radio RTM Bukit Fraser. Bayangkan jika Manis FM memperluaskan liputannya ke Pahang Barat di Bukit Fraser lebih awal daripada Gegar, saya mungkin percaya bahawa Manis FM akan menggugat Gegar di seluruh negeri Pahang lebih teruk daripada apa yang berlaku di Pahang Tengah 103.8MHz sekarang antara Gegar dan Manis.


Pemancar TV/radio di Bukit Fraser


Untuk meliputi Pahang Barat dan melengkapi liputan Manis FM di negeri Pahang, Manis FM boleh memasangkan pemancar di Bukit Fraser, bukannya Gunung Ulu Kali yang tiada frekuensi kosong dan ruang menara. Liputan Manis FM Bukit Fraser boleh didengari di Bentong, Lurah Bilut, Raub, Benta, Kuala Lipis, Karak, Lanchang serta Padang Tengku.

Oleh kerana Manis FM telah mempunyai frekuensi Pahang Tengah 103.8MHz, pada pandangan saya, frekuensi FM 92.4MHz boleh dicadangkan untuk Manis FM bagi meliputi Raub, Lipis, dan Bentong dari Bukit Fraser. 

==Cadangan frekuensi Pahang Barat untuk Manis FM==
* Frekuensi: FM 92.4MHz
* Kuasa: 0.5kW
* Tempat pemancar: Bukit Fraser, Pahang

==RF analisa==
92.3MHz: Minnal FM Menara Kuala Lumpur
92.4MHz: Manis FM Bukit Fraser
<100kHz, OK>

92.4MHz: Manis FM Bukit Fraser
92.4MHz: Hot FM Bukit Pelindung
<0kHz, OK>

92.4MHz: Manis FM Bukit Fraser
92.6MHz: Negeri FM Gunung Telapak Burok
<200kHz, OK>





Semasa saya berada di Chenor, Hot FM 92.4MHz dari Bukit Pelindung boleh diterima situ. Jika FM 92.4MHz digunakan di Bukit Fraser oleh Manis FM, saya mungkin percaya gangguan tidak akan berlaku dengan teruk. Hal ini kerana Manis FM boleh didengari di Pahang Tengah pada 103.8MHz dari Bukit Senggora, manakala Hot FM boleh didengari pada 97.6MHz dari Gunung Ulu Kali atau 99.5MHz dari Gunung Telapak Burok di Pahang Tengah.

Di samping itu, pemancaran Manis FM 92.4MHz Bukit Fraser tidak akan membawa gangguan kepada liputan Negeri FM 92.6MHz Gunung Telapak Burok kerana liputan utama Manis FM adalah Bentong, Raub dan Lipis. Minnal FM 92.3MHz dari Menara Kuala Lumpur tidak akan diganggu oleh Manis FM Bukit Fraser 92.4MHz dalam liputannya kerana Minnal FM masih mempunyai frekuensi yang jelas dan luas pada 96.3MHz Gunung Ulu Kali. Contohnya, jika Minnal FM 92.3MHz diganggu oleh Manis FM 92.4MHz Bukit Fraser di Rawang, Serendah dan Hulu Selangor, pendengar di kawasan tersebut boleh tala kepada 96.3MHz dari Gunung Ulu Kali yang lebih jelas.

Pada masa sama, bersama dengan cadangan Gegar FM 107.9MHz Bukit Fraser, saya juga membuat cadangan Manis FM 92.4MHz Bukit Fraser untuk Pahang Barat kepada pihak Manis FM. 

Lihatlah macam mana persaingan sengit antara Gegar dan Manis di Pahang Barat nanti, tengok bagaimana rancangan untuk memperluaskan siaran mereka ke Pahang Barat...  Persaingan itu diperlukan, pendengar boleh membuat perbandingan bahawa siapa yang lebih hebat. Monopoli itu ialah budaya tidak sihat, kerana kita tidak boleh memperbaikikan diri dalam keadaan monopoli.

Gegar dengan Manis saling bersaing dengan keadaan yang sengit, tengok pihak mana yang akan jadi masyhur (atau "femes" [dipetik daripada perkataan Inggeris "Famous"]), itu tertaluk kepada pilihan pendengar di Pantai Timur.

No comments:

Post a Comment