Friday, 3 May 2019

Gegar FM frekuensi Bukit Senggora analisa 2019 untuk Maran, Chenor dan Jengka

Setelah saya membuat analisa dan cadangan mengenai perluasan liputan siaran Gegar ke Pahang Barat dengan pemancar Bukit Fraser FM 107.9MHz, walaupun Bukit Fraser bersamaan dengan Gunung Ulu Kali 2.0 untuk Pahang Barat, tetapi Pahang Tengah seperti Jengka dan Maran mungkin tidak dapat menerima signal Bukit Fraser, manakala Chenor masih boleh menerima isyarat radio dari Bukit Fraser.



Berdasarkan liputan Gegar FM 107.9MHz dari Bukit Fraser yang saya cadangkan (kuasa pemancar 1kW), kawasan Pahang Tengah seperti Bandar Jengka, Maran tidak diliputi oleh pemancar Bukit Fraser, manakala kawasan tersebut juga tidak dapat menerima Gegar FM 88.8MHz dari Bukit Pelindung Kuantan. Oleh itu, Gegar boleh memperluaskan siaran lagi ke Pahang Tengah selepas Bukit Fraser dengan memasang pemancar kuasa rendah di Bukit Senggora.

Sebelum ini, saya pernah membuat ulasan, analisa dan cadangan Gegar FM Bukit Senggora sejah tahun 2015. Dulu saya mencadangkan frekuensi FM 100.7MHz, kemudian FM 104.4MHz. Pada masa itu, saya mencadangkan pemancar Bukit Senggora untuk meliputi Maran dengan Temerloh, namun Bera, tetapi saya diberitahui oleh Astro bahawa Gegar tidak mempunyai pelan untuk memperluaskan siarannya ke kawasan tersebut lagi.

Untuk masa sekarang, saya mendapati pemancaran Bukit Fraser lebih luas daripada Bukit Senggora untuk Pahang Barat, manakala penerimaan siaran radio dari Bukit Fraser lebih jelas daripada Bukit Senggora di Temerloh, Bandar Bera, dan Mentakab (tanpa melibatkan Manis FM 103.8MHz).

Setelah saya mengunjungi kawasan Pahang Tengah seperti Bera, Chenor, Kemayan, Temerloh dan Teriang, saya mendapati FM 100.7MHz tidak sesuai digunakan di Bukit Senggora jika meliputi Pahang Tengah akibat ganggan oleh MY FM 100.6MHz dari Gunung Telapak Burok dimana kawasan Pahang Tengah seperti Temerloh dan Chenor masih boleh menerima siaran radio dari Gunung Telapak Burok dengan jelas.

Lebih baik jarak frekuensi antara Bukit Senggora dan Gunung Telapak Burok ialah 200kHz.

Bayangkan pendengar Gegar menerima stesen radio tersebut dalam kereta semasa memandu dari Kuala Lumpur ke Kuantan di Lebuhraya LPT atau jalan lama (mungkin pergi Maran/Jengka), dari Bentong tala kepada FM 107.9MHz yang dipancar dari Bukit Fraser, siaran jelas sehingga Chenor, tetapi selepas Chenor, isyarat Gegar FM 107.9MHz telah hilang. Kawasan antara Chenor dan Gambang tiada liputan siaran Gegar, oleh itu pemancar Bukit Senggora mungkin diperlukan. 

Setakat saya tahu, tiada frekuensi yang lebih sesuai digunakan oleh Gegar di Bukit Senggora. FM 104.4MHz yang dulu saya sebut kini tidak boleh digunakan, walaupun ia mempunyai jarak dengan Best FM 104.1MHz Gunung Ulu Kali dan Pahang FM 104.1MHz Bukit Pelindung, tetapi Manis FM telah bersiaran pada 103.8MHz di Bukit Senggora.

Cadangan mungkin paling teruk ialah mencadangkan frekuensi FM 100.8MHz kepada Gegar untuk bersiaran di Bukit Senggora untuk Pahang Tengah. Hal ini kerana RTM Selangor FM 100.9MHz Gunung Ulu Kali hanya meliputi Selangor sahaja, namun penerimaan siaran Selangor FM cuma jelas di Bentong dan Karak, manakala penerimaan Selangor FM 100.9MHz kurang jelas selepas Karak dan ke timur, contoh Bera, Chenor, Temerloh, Lanchang, Kuala Krau dan Mentakab. 

==Cadangan frekuensi Gegar untuk Pahang Tengah (Maran dan Jengka)==
* Frekuensi: FM 100.8MHz
* Tempat pemancar: Celcom Bukit Senggora
* Kuasa: 0.3kW 
* Kawasan liputan: Maran, Jengka, Chini, Sri Jaya, Chenor 


==RF analisa Gegar FM 100.8MHz Bukit Senggora==
100.6MHz: MY FM Gunung Telapak Burok
100.8MHz: Gegar FM Bukit Senggora
<200kHz, OK>

100.8MHz: Gegar FM Bukit Senggora
100.9MHz: Selangor FM Gunung Ulu Kali
<100kHz, OK>

100.8MHz: Gegar FM Bukit Senggora
101.1MHz: MY FM Bukit Pelindung
<300kHz, OK>

Walaupun jarak minima frekuensi FM radio antara Gunung Ulu Kali dan Bukit Senggora ialah 200kHz, tetapi saya mungkin percaya bahawa penggunaan frekuensi FM 100.8MHz di Bukit Senggora oleh Gegar sepatutnya ok serta tidak akan membawa gangguan kepada liputan Selangor FM 100.9MHz Gunung Ulu Kali di Selangor. Tambahan pula, pemancaran Bukit Senggora siaran Gegar FM 100.8MHz yang cadangkan ialah rendah sebanyak 0.3kW.


Liputan Gegar FM 100.8MHz Bukit Senggora pada 0.25kW

Berdasarkan pada peta liputan Gegar FM 100.8MHz Bukit Senggora atas, siaran Gegar boleh didengari dengan lebih jelas di liputan utamanya Maran, Sri Jaya dan Jengka. Walaupun Gegar FM 100.8MHz Bukit Senggora mempunyai jarak frekuensi 100kHz daripada Selangor FM 100.9MHz Gunung Ulu Kali, saya percaya bahawa Chenor masih boleh menerima siaran Gegar tanpa gangguan daripada Selangor FM 100.9MHz Ulu Kali, tetapi Gegar FM 100.8MHz Bukit Senggora mungkin diganggu oleh Selangor FM 100.9MHz Gunung Ulu Kali di Temerloh. Bagi kawasan Temerloh, gangguan tersebut antara FM 100.8MHz Bukit Senggora dengan Selangor FM 100.9MHz Gunung Ulu Kali tidak akan membawa masalah penerimaan siaran oleh pendengar Gegar kerana Temerloh bukan liputan Gegar FM 100.8MHz Bukit Senggora. Di samping itu, pendengar Gegar masih boleh menerima Gegar dengan lebih jelas dengan tala kepada frekuensi FM 107.9MHz dari Bukit Fraser (cadangan).

Kesimpulannya, cadangan frekuensi FM 100.8MHz untuk Gegar di Bukit Senggora mungkin lebih baik daripada FM 100.7MHz yang saya cadang dulu kerana ia telah mengurangkan gangguan dengan MY FM 100.6MHz Gunung Telapak Burok, manakala Selangor FM 100.9MHz lemah di Pahang Tengah. Dengan cara cadangan Bukit Senggora, ia juga terpulang kepada pihak pengurusan Astro Radio. 







No comments:

Post a Comment