Saturday, 29 December 2018

THR Gegar FM untuk Pahang Barat (Bukit Fraser)



Sebagai stesen radio Pantai Timur oleh Astro, Gegar menyasarkan pendengar di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Kawasan Kelantan diliputi dengan FM 88.1MHz dari Bukit Panau, manakala Terengganu diliputi dengan FM 106.8MHz dari Bukit Jerung, dan Pahang Timur diliputi dengan FM 88.8MHz dari Bukit Pelindung. Terengganu Selatan seperti Kemaman boleh menerima Gegar pada FM 88.8MHz dari Bukit Pelindung, manakala Dungun juga sama.

Untuk negeri Pahang, Gegar hanya boleh didengari pada FM 88.8MHz Bukit Pelindung di kawasan Kuantan, Gambang, Sungai Lembing dan Pekan, manakala kawasan lain negeri Pahang tidak dapat menerima Gegar. Oleh itu, pendengar Gegar perlu mendengar secara online, applikasi telefon, atau Astro DVR CH863.

Pada pandangan saya, kerana internet masih kurang stabil di negara Malaysia. Walaupun kawasan bandar terima 4G+ atau LTE, tetapi terdapat juga kawasan luar bandar masih menerima isyarat 3G atau 3.5G yang perlahan, hal ini menyebabkan pendengar tidak dapat mendengar Gegar secara online dengan stabil jika mereka berada di luar. 

Pada masa sama, saya mendapati bahawa pesaing Gegar, iaitu Manis FM telah melancarkan frekuensi Pahang Tengah pada FM 103.8MHz dari Bukit Senggora yang meliputi Maran, Temerloh, Bera dan Jerantut. Oleh kerana Manis FM telah beroperasi di Pahang Tengah pada frekuensi 103.8MHz sejak Disember 2018, Gegar akan "berasa terancam" oleh pelancaran tersebut. Sebenarnya Gegar masih boleh memperluaskan liputan siarannya ke Pahang Barat untuk memberi "serangan balas" (counterattack dalam Bahasa Inggeris) kepada Manis FM, cadangan ini membolehkan Manis FM dan Gegar bersaing dengan baik.

Oleh kerana stesen kembar Raaga yang berbahasa Tamil telah memancar dari Gunung Ulu Kali 99.3MHz, serta tiada frekuensi kosong sesuai digunakan di Gunung Ulu Kali, saya mencadangkan Gegar menggunakan tempat pemancar Bukit Fraser, sekurang-kurangnya Gegar boleh meliputi Pahang Barat dari Bukit Fraser, walaupun liputannya tidak luas seperti Gunung Ulu Kali.

Selain itu, sebelum menyebut lagi cadangan memperluaskan siaran Gegar ke Pahang Barat dengan Bukit Fraser, saya mendapati bahawa Pahang Barat juga mempunyai banyak pendengar Gegar. Dulu saya memberi cadangan untuk memperluaskan siaran Gegar ke Pahang Timur dengan Bukit Senggora serta Bukit Istana, tetapi saya percaya pihak pengurusan Astro Radio Sdn Bhd tidak melancarkan frekuensi untuk Gegar di dua tempat tersebut kerana tidak mempunyai nilai komersil. Oleh itu, antara Bukit Fraser dengan Bukit Senggora, tempat pemancar Bukit Fraser lebih canggih serta mempunyai lebih nilai komersil untuk Gegar daripada Bukit Senggora.

* Bukit Senggora hanya meliputi Maran, Jengka, Chenor, Sri Jaya serta sebahagian Temerloh.
* Bukit Istana hanya meliputi bandar Jerantut sahaja
* Bukit Fraser meliputi Raub, Kuala Lipis dan Bentong (liputan utama).

Antara tiga tempat pemancar atas, Bukit Fraser lebih luas daripada Bukit Istana dan Bukit Senggora. Jadinya, Bukit Fraser lebih sesuai kepada Gegar jika stesen tersebut memperluaskan ke Pahang Barat.

Setakat ini, Bukit Fraser hanya mempunyai empat stesen radio RTM yang baru beroperasi pada tahun 2017/18 dengan Nasional FM 106.2MHz, Pahang FM 102.2MHz, Ai FM 97.1MHz dan Radio Klasik pada kekuatan pemancar tidak melebihi 0.2kW. Stesen radio RTM di Bukit Fraser terutamanya meliputi kawasan titik buta Raub dan Lipis, tetapi pemancarannya masih boleh diterima secara lemah di Lanchang, Temerloh, Karak serta Bera. Bagi pemancaran TV, Bukit Fraser hanya mempunyai RTM TV1, TV2 serta TV3 untuk siaran analog, manakala siaran digital televisyen MYTV bakal melancarkan di Bukit Fraser untuk Raub pada Januari 2019.

==Frekuensi kosong untuk Bukit Fraser==
* 89.4MHz, 91.9MHz, 92.4MHz, 93.5MHz, 104.4MHz, 107.9MHz

==Cadangan saya terhadap Gegar frekuensi Pahang Barat==
* Frekuensi: FM 92.4MHz
* Kuasa: 1kW
* Tempat pemancar: Bukit Fraser, Pahang
* Kawasan liputan: Raub, Kuala Lipis, Benta, Mentakab, Lanchang, Bentong, Temerloh, Bandar Bera, Kuala Krau, Teriang serta Kemayan. Selain dari Pahang Barat, Gegar mungkin boleh didengari di sedikit bahagian Selangor dengan isyarat lemah

==RF analisa==

92.3MHz: Minnal FM Menara Kuala Lumpur
92.4MHz: Gegar Bukit Fraser
<100kHz, OK>

92.4MHz: Gegar Bukit Fraser
92.4MHz: Hot FM Bukit Pelindung
<0kHz, OK>

92.4MHz: Gegar Bukit Fraser
92.6MHz: Negeri FM Gunung Telapak Burok
<200kHz, OK>

92.4MHz: Gegar Bukit Fraser
92.7MHz: Pahang FM Bukit Istana
<300kHz, OK>

92.2MHz: Lite Gunung Ledang
92.4MHz: Gegar Bukit Fraser
<200kHz, OK>





Peta liputan Bukit Fraser untuk Gegar

Berdasarkan pada RF analisa, pemancaran Gegar 92.4MHz dari Bukit Fraser sebanyak 1kW kekuatan pemancar tidak akan memberi impak gangguan kepada liputan stesen radio lain yang sedia ada. Minnal FM 92.3MHz dari Menara Kuala Lumpur mungkin diganggu oleh Gegar 92.4MHz di utara Selangor seperti Rawang, Serendah, Kuang, Batu Arang, Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu kerana pendengar Minnal FM di kawasan terganggu boleh mendengar stesen tersebut pada 96.3MHz yang sangat jelas dari Gunung Ulu Kali, manakala kawasan Selangor yang saya sebutkan bukan liputan utama Gegar 92.4MHz dari Bukit Fraser.

Jika Astro Radio membuat keputusan untuk memperluaskan siaran Gegar ke Pahang Barat dengan Bukit Fraser (cadangan frekuensi: 92.4MHz), pendengar Gegar di Pahang Barat boleh menerima stesen radio ini melalui penerima radio dari Bukit Fraser. Di samping itu, pendengar yang memandu dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur untuk "balik kampung" atau urusan lain di Pantai Timur, mereka boleh dengar Gegar dari kawasan Bentong. Bagi contoh pertama, jika pendengar Gegar bernama Abang Arif bertolak dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu untuk menziarahi saudara-saudarinya, dia boleh mendengar siaran Gegar pada 92.4MHz Bukit Fraser dari Bentong sehingga Kuala Lipis. 

Contoh kedua, jika pendengar Gegar bernama Cik Aisyah ingin pergi ke Kuantan atau Terengganu dari Kuala Lumpur, dia boleh mendengar Gegar pada FM 92.4MHz Bukit Fraser di sekitar Lebuhraya Pantai Timur dari Bentong selepas Bukit Tinggi sehingga Chenor. Jika Gegar melancar frekuensi Bukit Senggora (contoh 102.0MHz), Cik Aisyah boleh tala frekuensi radio Gegar pada 102.0MHz dari Chenor sehinggalah Sri Jaya. Selepas itu, dia boleh terus mendengar Gegar pada 88.8MHz dari Bukit Pelindung dari Gambang sehingga destinasinya.

Saya mempercayai bahawa Bukit Fraser akan membawa nilai komersil kepada Gegar kerana pendengar Pahang Barat tertarik oleh stesen radio Pantai Timur ini.

Kesimpulannya, saya berharap Gegar akan memperluaskan liputan siarannya ke Pahang Barat pada suatu hari nanti.


No comments:

Post a Comment