Thursday 27 December 2018

RTM perlu memperluaskan siaran Asyik FM ke Pahang Timur



Siaran radio RTM berbahasa Orang Asli, Asyik FM kini telah meliputi kesemua kawasan Pahang Barat dengan FM 102.5MHz dari Gunung Ulu Kali, terdapat banyak penduduk Orang Asli di Bentong, Bera, Kuala Lipis dan Raub, manakala RTM menambah pemancar kuasa rendah Asyik FM 99.9MHz di Bukit Botak meliputi Damak dimana terdapat penduduk Orang Asli.

Selain daripada Pahang Barat, terdapat juga penduduk Orang Asli di Pahang Timur, terutama Pekan, Kuala Rompin, Muadzam Shah dan sebahagian Kuantan, tetapi kawasan-kawasan tersebut tidak dalam liputan pemancar Asyik FM yang sedia ada. Oleh itu, RTM patut memperluaskan siaran Asyik FM ke Pahang Timur.

Mengenai perkembangan liputan siaran Asyik FM ke Pahang Timur, manakah tempat pemancaran yang RTM perlu memasangkan?

Terdapat empat tempat pemancaran yang meliputi Pahang Timur (termasuk tempat pemancar jurang), iaitu:

1. Bukit Pelindung (Kuantan, Pekan, Gambang Timur)
2. Bukit Sulai (Gambang Barat, Chini dan Sri Jaya)
3. Kuala Rompin
4. Bukit Sembilan (Muadzam Shah, Pekan, Rompin, Keratong)

Di Pahang Timur, kesemua stesen radio akan memancar siarannya dari Bukit Pelindung kerana meliputi bandar Kuantan dimana kawasan Kuantan adalah ibu negeri Pahang. Tambahan pula, Kuantan adalah kawasan berpadat di Pahang. 


Liputan Bukit Pelindung

Berdasarkan pada peta liputan Bukit Pelindung, walaupun sasaran utama ialah Kuantan, ia meliputi Terengganu Selatan, Gambang dan Pekan Pahang, tetapi pemancarannya tidak dapat meliputi Muadzam Shah, Kuala Rompin dimana mempunyai Orang Asli kerana terhalang oleh bukit.

Bukit Sulai

Liputan pemancar Bukit Sulai hampir sama dengan Bukit Pelindung, cuma pemancarannya meliputi kawasan Gambang. Oleh itu, liputan pemancarannya kurang luas seperti Bukit Pelindung dan Bukit Sembilan.

Kawasan Orang Asli di Pahang Timur sebenarya meliputi Pekan, Kuala Rompin, Muadzam Shah serta Keratong, manakala kawasan Kuantan adalah minoriti. Pada pandangan saya, RTM boleh memasang pemancar untuk siaran Asyik FM di Bukit Sembilan. RTM Pahang FM mempunyai pemancar Bukit Sembilan pada frekuensi FM 88.0MHz, cuma kekuatan pemancarnya ialah 0.1kW dimana had untuk Muadzam Shah sahaja. 

Saya perasan bahawa Bukit Sembilan lebih logik dan sesuai daripada Bukit Pelindung untuk Asyik FM stesen RTM Orang Asli, berbanding dengan stesen radio lain kerana Bukit Sembilan adalah tempat pemancar lebih strategik daripada Bukit Pelindung untuk liputan kawasan Orang Asli di Pahang Timur.

==Cadangan saya terhadap Asyik FM di Pahang Timur==
* Frekuensi: FM 100.8MHz
* Kuasa: 2kW
* Tempat pemancar: Bukit Sembilan, Pahang (492m)
* Kawasan liputan: Muadzam Shah, Pekan, Kuala Rompin, Keratong dan sebahagian Kuantan/Gambang

==RF analisa==
100.4MHz: one FM Bukit Pelindung
100.8MHz: Asyik FM Bukit Sembilan 2kW
<400kHz, OK>

100.6MHz: MY FM Gunung Telapak Burok
100.8MHz: Asyik FM Bukit Sembilan 2kW
<200kHz, OK>

100.8MHz: Asyik FM Bukit Sembilan 2kW
100.9MHz: Selangor FM Gunung Ulu Kali (Selangor sahaja)
<100kHz, OK>

100.8MHz: Asyik FM Bukit Sembilan 2kW
101.1MHz: MY FM Bukit Pelindung
<300kHz, OK>

100.4MHz: Ai FM Gunung Ledang
100.8MHz: Asyik FM Bukit Sembilan 2kW
<400kHz, OK>




Peta liputan Asyik FM 100.8MHz Bukit Sembilan

Berdasarkan pada peta liputan Asyik FM 100.8MHz Bukit Sembilan, dengan kekuatan pemancar 2kW, Bukit Sembilan bukan sahaja meliputi Pahang Timur (Pekan, Kuala Rompin, Muadzam Shah, Keratong serta sebahagian Kuantan/Gambang), isyarat radio Bukit Sembilan juga boleh diterima di kawasan Negeri Sembilan Timur seperti FELDA Palong, Ladang Geddes dan Jempol Timur. Kawasan FELDA Lui yang terletak antara Bandar Seri Jempol dan Kemayan boleh menerima siaran Asyik FM 100.8MHz dari Bukit Sembilan dimana penerimaan MY FM 100.6MHz Gunung Telapak Burok jadi lemah kawasan tersebut akibat terlindung oleh Hutan Simpan Pasoh yang terletak di sempadan daerah Jempol dan Jelebu, tetapi pendengar MY FM di kawasan ini boleh tala ke 106.4MHz dari Gunung Ledang yang jelas.

Mengenai frekuensi cadangan 100.8MHz, penggunaan frekuensi tersebut oleh Asyik FM di Bukit Sembilan tidak akan membawa gangguan kepada Selangor FM 100.9MHz Gunung Ulu Kali kerana Pahang bukan dalam liputan Selangor FM 100.9MHz.

Sebab utama saya mencadangkan 100.8MHz ialah sebelum ini saya pernah buat cadangan analisa FM 100.9MHz Gunung Ledang, tetapi frekuensi tersebut kurang sesuai digunakan di Gunung Ledang akibat gangguan oleh Selangor FM 100.9MHz Gunung Ulu Kali di Melaka Utara.

Dengan frekuensi Asyik FM 100.8MHz di Bukit Sembilan, pendengar Orang Asli di Pahang Timur boleh menerima siaran Asyik FM lebih jelas. Justeru, Orang Asli boleh mendapatkan berita, hiburan dan penerangan dalam bahasa Orang Asli.

Secara kesimpulannya, saya harap RTM akan bertimbang untuk memperluaskan siaran Asyik FM ke Pahang Timur dengan cadangan ini sebagai rancangan masa depan.

==RTM Bukit Sembilan==
* TV1: UHF CH50 703.25MHz (analog)
* TV2: UHF CH53 727.25MHz (analog)
* Pahang FM 88.0MHz
* Asyik FM 100.8MHz (cadangan)

No comments:

Post a Comment