Monday 31 December 2018

Melaka FM 102.3MHz boleh didengari di sebahagian Selangor


RTM Melaka FM (dahulu dikenali sebagai Radio 3 Melaka) ialah sebuah stesen negeri RTM untuk negeri Melaka yang bersiaran pada FM 102.3MHz yang dipancar dari Gunung Ledang, Johor dengan kekuatan pemancar sebanyak 1kW. Walaupun Melaka FM hanya untuk negeri Melaka sahaja, stesen ini boleh didengari di negeri jiran Melaka seperti Johor Utara (Segamat, Tangkak, Muar dan Batu Pahat), sebahagian Negeri Sembilan (Tampin, Port Dickson, Linggi, Kota, Gemencheh, Gemas, Rompin, FELDA Palong, Johol dan Kuala Pilah) serta sebahagian Pahang (Keratong dan Muadzam Shah), tetapi Melaka FM 102.3MHz Gunung Ledang juga boleh diterima di sebahagian kawasan negeri Selangor.

Untuk negeri Selangor, RTM Melaka FM 102.3MHz Gunung Ledang boleh didengari di kawasan Sungai Pelek, Bagan Lalang, Tanjung Sepat dan sebahagian Sepang yang terletak di barat daya Selangor.

Kualiti penerimaan Melaka FM 102.3MHz Gunung Ledang masih ok (boleh tahan lagi) di Sungai Pelek, Tanjung Sepat serta Bagan Lalang. Hal ini kerana tiada halangan bukit antara Gunung Ledang dengan Sungai Pelek, Tanjung Sepat dan sebahagian Sepang, menyebabkan Melaka FM 102.3MHz boleh didengari di kawasan tersebut.

==Kawasan Selangor yang boleh menerima siaran Melaka FM 102.3MHz dari Gunung Ledang==
* Tanjung Sepat
* Sungai Pelek
* Bagan Lalang
* Sebahagian kawasan Sepang

No comments:

Post a Comment