Dari 5hb sehingga 10hb September 2026, saya mengunjungi Korea Selatan dengan syarikat pelancongan, saya berada di Korea Selatan 6 hari 4 Malam.
Semasa saya berada di Korea Selatan, kumpulan pelancong melawat beberapa kawasan seperti Incheon, Seoul, Chuncheon dan Pulau Nami.
Saya mengambil kesempatan untuk membuat rakaman video isyarat radio gelombang pendek RTM Nasional FM pada frekuensi SW 15295kHz yang dipancar dari Kajang, Malaysia di beberapa kawasan Korea Selatan.
Di Korea Selatan, saya membuat rakaman video isyarat Nasional FM pada frekuensi SW 15295kHz dengan 9 buah lokasi, termasuk Seoul.
1. Inspire Mall di Incheon
2. Chuncheon, Wilayah Gangwon
3. Pulau Nami di Chuncheon, Wilayah Gangwon
4. Sinpo di Incheon
5. Istana Gyeongbokgung di Seoul
6. Myeongnyun di Seoul
7. Hongdae di Seoul
8. Myeondong di Seoul
9. Kintex di Goyang, Wilayah Gyeonggi
Antara 8 buah kawasan Korea Selatan, RTM Nasional FM pada frekuensi SW 15295kHz boleh didengari dengan isyarat sederhana di Kintex, Pulau Nami, Incheon (Sinpo & Inspire Mall) dan beberapa kawasan sekitar Hongdae. Isyarat adalah lemah di Myeongdong, Myeongnyun dan Istana Gyeongbokgung.
Di Seoul, saya merakam isyarat radio Nasional FM SW 15295kHz dengan 4 buah lokasi seperti Istana Gyeongbokgung, Myeongnyun, Hongdae dan Myeondong. Bukan semua lokasi boleh menerima siaran Nasional FM kerana ada beberapa kawasan terhalang oleh bangunan.
Isyarat Nasional FM SW 15295kHz jelas di kawasan Kintex, Bandar Goyang apabila saya menerima siaran radio ini di bilik hotel.
Manakala RTM Sabah VFM SW 11885kHz tidak dapat diterima di Korea Selatan atas sebab jenis antena pemancarnya tidak sama dengan RTM Nasional FM SW 15295kHz.
RTM Sabah VFM SW 11885kHz: Kuasa pemancar 100kW dengan antenna berarah dan tembak isyarat ke Wilayah Borneo sahaja.
RTM Nasional FM SW 15295kHz: Kuasa pemancar 10kW dan antenna berbilang arah (non-directional).
Keseluruhannya, RTM Nasional FM SW 15295kHz boleh diterima di sebahagian kawasan Negara Korea Selatan dari 9 pagi sehingga 9 malam (Waktu Semenanjung Korea UTC+9).

No comments:
Post a Comment