Tahukah anda? Stesen radio no.1 di Malaysia, Hot FM boleh didengari di kawasan utara Bahagian Betong dan sebahagian kawasan Bahagian Sri Aman, Sarawak pada frekuensi FM 94.3MHz.
Di Sarawak, Hot FM bersiaran di Kuching pada frekuensi FM 94.3MHz, kawasan liputan utamanya ialah Kuching, Kota Samarahan, Lundu, Bau, Simunjan, Sematan, Sebuyau, Asajaya dan sebahagian Serian.
Di Bahagian Betong, Hot FM 94.3MHz boleh didengari di Saratok, Pusa, Kabong dan Roban, manakala di Bahagian Sri Aman, saya boleh menerima siaran Hot FM di Engkilili and Simanggang.
Di Debak dan Simanggang, Hot FM 94.3MHz mempunyai gangguan frekuensi dengan RTM Sarawak FM 94.4MHz dari Off Spaoh.
Di Lebuhraya PAN Borneo, dari Kuching ke Sibu, radio Hot FM 94.3MHz boleh didengari sehingga Simanggang (Sri Aman). Gangguan frekuensi dengan Sarawak FM 94.4MHz bermula dari Sri Aman sehingga Debak, tetapi siaran Hot FM 94.3MHz tidak dapat didengari sepenuhnya di Spaoh akibat frekuensi Sarawak FM 94.4MHz. Selepas itu, Hot FM 94.3MHz boleh diterima siaran lagi dari Debak sehingga Roban.
Berbanding antara Saratok dan Simanggang, Hot FM 94.3MHz lebih jelas di Saratok tanpa gangguan frekuensi dengan Sarawak FM 94.4MHz.
Terdapat rakaman video saya yang menerima siaran Hot FM 94.3MHz di Bahagian Sri Aman dan Betong, Sarawak.
1. Simanggang (147km)
2. Engkilili (172km)
3. Debak (138km)
4. Saratok (129km)
5. Roban (129km)
6. Kabong (106km)
Semasa perjalanan saya dari Betong ke Sibu, di Bahagian Sarikei, saya pun boleh dapat mendengar siaran Hot FM 94.3MHz di Pakan (168km dari Gunung Serapi).
==Liputan Hot FM 94.3MHz dari Gunung Serapi==
1. Kuching
2. Kota Samarahan
3. Bau
4. Lundu
5. Sematan
6. Simunjan
7. Serian (sebahagian)
8. Lingga
9. Sebuyau
10. Siburan
11. Asajaya
12. Saratok
13. Pusa
14. Roban
15. Sebahagian Sarikei (Pakan)
16. Simanggang/Sri Aman (sebahagian)
17. Kabong
18. Engkilili (kurang jelas)
19. Maludam
No comments:
Post a Comment