Siaran radio Era FM Sarawak 96.3MHz boleh didengari di kawasan berhampiran dengan Sibu seperti Bintangor dan Julau, tetapi ia masih boleh diterima di Sarikei dan Dalat dengan isyarat sederhana, manakala isyaratnya sangat lemah apabila diterima di Kanowit dan Mukah.
Di kebanyakkan kawasan Bandar Mukah, Era FM Sarawak 96.3MHz hampir tiada isyarat. Berbanding antara Mukah dan Dalat, penerimaan siaran Era FM Sarawak 96.3MHz di Dalat lebih baik daripada Mukah.
Selain daripada kawasan Sarikei, Bintangor, Julau dan Dalat, siaran Era FM Sarawak 96.3MHz dari Sibu mungkin boleh diterima dengan isyarat yang lemah di Matu dan Daro, Sarawak.
Antara 4 kawasan Sarawak Tengah yang saya menerima isyarat radio Era FM Sarawak 96.3MHz dari pemancar Bukit Lima Sibu, kawasan yang paling jelas diterima ialah Sarikei. Selepas itu, Dalat dan Kanowit, manakala Mukah ialah kawasan paling lemah untuk menerima siaran radio Era.
Antara Dalat dan Kanowit, radio Era 96.3 di Dalat lebih jelas daripada Kanowit.
Secara keseluruhannya, frekuensi Era FM Sarawak 96.3MHz di Sibu boleh diterima di:
1. Sibu
2. Julau
3. Stapong
4. Sebahagian kawasan Selangau
5. Sarikei
6. Bintangor
7. Tanjung Manis/Belawai (lemah)
8. Kanowit (lemah)
9. Dalat (isyarat sederhana)
10. Daro (lemah)
11. Matu (lemah)
Mukah tidak tersenarai dalam kawasan liputan Era FM frekuensi Sibu 96.3MHz kerana saya tidak dapat mendengar siaran radio ini di kebanyakkan kawasan Bandar Mukah, Sarawak.
No comments:
Post a Comment