Tahukah anda? Orang ramai masih boleh mengikuti siaran RTM Sarawak FM pada platform frekuensi radio FM di Wilayah Persekutuan Labuan tanpa menggunakan applikasi RTM Klik atau platform MYTV.
Pada 30hb Mac 2025, saya bertolak ke Wilayah Persekutuan Labuan untuk mengadakan aktiviti radio DXing dan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Selepas saya mendarat di Lapangan Terbang Labuan dan saya menyewa kereta untuk berjalan di seluruh pulau tersebut.
Di Labuan, saya masih boleh menerima siaran radio RTM Sarawak FM. Saya merakam video isyarat radio RTM Sarawak FM di Bandar Victoria dengan 3 frekuensi berbeza, iaitu:
* FM 101.5MHz Bukit Mas (Limbang) 1kW - 65km
Antara tiga frekuensi yang saya rakam di Labuan, FM 101.5MHz yang dipancar dari Bukit Mas untuk Limbang ialah frekuensi Sarawak FM yang paling jelas didengari di Wilayah Persekutuan Labuan, manakala FM 95.1MHz pemancar Bukit Siang-Siang untuk Trusan dan FM 97.5MHz Bukit Tiong untuk Lawas tidak dapat diterima di Labuan.
Sarawak FM bukan sahaja boleh didengari di seluruh wilayah Sarawak, sebahagian Kalimantan Barat dan sebahagian wilayah Sabah, radio ini boleh didengari di Wilayauh Persekutuan Labuan pada frekuensi FM 101.5MHz.
No comments:
Post a Comment